Kenali DMD

­­­­Dakwah Makan Dalam
Disediakan oleh Muhammad Hafizan Bin Abdul Halim

Blog Dakwah Makan Dalam diasaskan pada 28 Oktober 2012. Blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi penulisan yang terdiri daripada genre seperti; ilmiah, cerita, isu semasa dan puisi.

Apa itu maksud Dakwah Makan Dalam?
Nama Dakwah Makan Dalam digunakan untuk menggambarkan pengisian blog ini yang mengkhususkan dakwah namun dalam pelbagai pendekatan seperti penulisan, video, gambar, servis, produk dan perkongsian. Secara asasnya ia merujuk kepada istilah ‘dakwah’ itu sendiri yang merujuk kepada usaha menyeru, menggalakkan, mengajak, merangsang dan menarik. Sebagai contoh, dalam jualan sticker yang dijalankan, ia menggunakan mesej yang berunsur Islamik dengan menerapkan kefahaman Islam itu sendiri. Pada masa yang sama, urusan perniagaan digerakkan dengan penuh amanah, ketelusan dan kecekapan kepada pembeli. Ini secara tidak langsung menarik orang sekeliling untuk kagum dengan Islam itu sendiri.

            Aspek penjagaan masa, kualiti dan ketelusan merupakan elemen penting untuk diterapkan di dalam proses perniagaan dijalankan. Lantas, bukan sekadar membuatkan pelanggan tertarik dengan produk dan servis yang ditawarkan, malah mereka akan semakin mencintai Islam. Ini kerana asasnya laman blog ini membawa imej Islam dan dijalankan oleh Muslim.

Sejauh mana kesesuaian nama Dakwah Makan Dalam untuk digunakan?
Realitinya, sepanjang penggunaan nama Dakwah Makan Dalam dalam kehidupan, ia jelas digemari oleh orang sekeliling. Pada awalnya, mereka akan merasa pelik dengan nama tersebut, tetapi mereka merasa satu kepuasan apabila mendapat penjelasan bahawa nama tersebut begitu universal maksudnya. Laman blog ini mendapat paparan sebanyak 200 kali paparan secara purata pada setiap hari. Ia menduduki tangga teratas dalam enjin carian apabila mencari berkenaan dakwah. Menarik, ayat dakwah makan dalam ini sering kali digunakan oleh orang sekeliling dengan mengatakan, “memang makan dalam betul mesejnya...” Sedikit demi sedikit, nama makan dalam itu sinonim dengan keberkesanan sesuatu mesej dakwah sehingga memberikan suatu persepsi yang positif terhadap usaha dakwah itu sendiri.

            Tagline yang dikepilkan bersama nama Dakwah Makan Dalam yang tertera sebagai header di laman blog tersebut, sedikit demi sedikit membina suatu perspektif yang positif akan respon diri orang sekeliling terhadap sesuatu mesej dakwah yang disampaikan. Secara asasnya, tagline ini telah memberikan suatu makna yang positif terhadap penggunaan ayat makan dalam yang seringkali orang ramai anggap sebagai suatu yang negatif buat diri mereka.

“Mereka yang sudah mati hatinya untuk menerima kebaikan, mereka itu adalah orang yang mati sebelum tiba ajal mereka.”

            Mereka yang memahami tagline ini dengan baik akan bermonolog sendirian dengan berkata, “Eh, aku terasalah dengan ajakan kebaikan dia tu? Maksudnya hatiku masih hidup dan masih berfungsi dengan kebaikan. Hatiku masih berfungsi dengan baik. Alhamdulillah.”

            Akhirnya, orang yang diseru kearah kebaikn bahawa dakwah yang sudah dijaga dengan adab sopannya itu terasa dengan mesej tersebut bukan kerana salah pendakwah tersebut, jauh lebih penting untuk disedari adalah hatinya masih lagi berfungsi untuk sensetif dengan sesuatu mesej atau perkara kebaikan.

Apakah objektif disebalik kewujudan blog Dakwah Makan Dalam?
Daripada kewujudan blog Dakwah Makan Dalam, ia diusahakan untuk membudayakan dakwah di kalangan masyarakat. Maksud budaya dakwah itu merujuk kepada suatu budaya untuk berkongsi, menyeru dan mengajak kearah kebaikan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti penulisan, penerbitan video, perniagaan, fotografi dan pemakanan. Ini merujuk kembali kepada Islam itu sendiri sebagai Ad-Deen. Ad-Deen bermaksud cara hidup, gaya hidup dan budaya hidup. Islam itu sebagai cara hidup yang meliputi pelbagai aspek.

Dakwah Makan Dalam terkenal dengan apa?

Dakwah Makan Dalam terkenal dengan siri pertama stickernya iaitu Jom Taubat. Cetakan pertama adalah sebanyak 5000 keping dan berjaya dijual di sekitar kampus dalam Malaysia dengan harga RM 1 sekeping.

2 comments:

  1. just curious, where do you get all the points when writing, I mean the sources ?

    Senang citer, adakah saudara berada dalam mana-mana sistem usrah/halaqah/gerakan mana-mana ? eh eh.

    ReplyDelete
  2. Inspector Saahab : Teruskan menyayangi manusia, minat manusia, membaca pelbagai bahan bacaan berkualiti, rajinkan muhasabah diri dan cintai Allah SWT. Jangan berhenti mencari makna kehidupan di setiap ceruk tempat dan masa. Wallahu'alam.

    ReplyDelete