SEKSAAN YANG TIDAK
TERBAYANG
Pada
suatu ketika sebelum memulakan mensyuarat, saya dan rakan-rakan sama-sama
membacakan Surah Al-Waqi'ah. Ketika itu saya tidak membawa al-Qur'an, maka saya
pun berkongsi bersama rakan di sebelah. Sedang asyik membaca, perhatian saya
mula tertumpu pada terjemahan ayat 51 hingga 55.
"Kemudian, Sesungguhnya kamu Wahai orang-orang
Yang sesat Yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), Tetap akan memakan (pada
hari itu) dari sebatang pokok, Iaitu pokok Zaqqum, "Maka kamu akan
memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, "Selepas itu kamu
akan meminum pula dari air panas Yang menggelegak, "Iaitu kamu akan minum
seperti unta Yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
Ketika itu, terlintas suatu rasa
yang menakutkan apabila membayangkan kembali seksaan yang disebut itu. Hati
saya bermonolog sendirian, "Sudahlah memakan buah yang dari pokok Zaqqum
kemudian meminum pula dari air panas yang menggelegak. Kemudiannya, sudah minum
seperti dahaga dan tidak pula merasa puas dengan meminum air menggelegak itu.
Aduh! Seksaan yang Maha Dasyat."
Perasaan membayangkan seksaan yang
Maha Dasyat itu kemudiannya membuatkan diri saya tergerak untuk mengorek setiap
sisi kehidupan sebelum ini yang mungkin telah melayakkan diri saya untuk
menerima seksaan sedemikian rupa. Seterusnya, membuatkan diri saya lebih
berhati-hati agar perbuatan yang mendatang kelak tidak mempunyai ciri-ciri yang
melayakkan diri saya untuk menerima seksaan tersebut.
Mungkin ada baiknya kita mengambil
masa untuk memikirkan kembali suatu persoalan yang besar, "Berfungsikah
ketakutan yang aku rasa dari khabar seksaan yang Maha Dasyat seperti yang
dikhabarkan oleh al-Qur'an?"
No comments:
Post a Comment