Semangat,
Boikot dan Kefahaman
Apabila isu Palestin
kembali hangat, saya melihat suatu elemen yang perlu dimuhasabah dengan teliti
iaitu semangat. Dalam kalangan kita sememangnya bersemangat apabila memperkatakan
kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Israel terhadap penduduk
Palestin. Semuanya bernada semangat.
Dalam kita bersemangat mengutuk kekejaman yang dilakukan
oleh rejim Zionis tetapi pada masa yang orang yang sama juga menyuburkan lagi
kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Israel. Ini boleh dilihat dengan
jelas dalam persoalan usaha boikot.
"Memang tak
guna betul rejim Zionis. Habis terkorban penduduk Palestin dibedil peluru
berpandu," ucap seorang anak muda sambil meminum kopi di Restoran
Starbuck.
"Tak berhati
perut betul rejim Zionis. Anak kecil yang tidak berdosa pun turut dibom. Memang
hati binatang betul. Teruk daripada binatang lagi," ucap seorang gadis sambil
mengunyah-ngunyah burger di Restoran McDonald.
Semangat Boikot
Bersemangat itu suatu yang
bagus. Sebagai manusia, suatu semangat itu boleh dikatakan sebagai peledak
kepada usaha yang besar. Namun, semangat itu mesti diluruskan dengan kefahaman
yang jelas dari masa ke semasa.
"Dengar kata Mark
Zuckernberg membekalkan dana kepada Israel. Jadi Facebook ni pun kena boikot
juga ke?" soal salah seorang pengguna Facebook.
Apabila saya melihat soalan ini wujud, maka saya
memikirkan untuk menulis serba sedikit mengenai boikot supaya usaha boikot ini
lebih menonjolkan kebijaksanaan umat Islam, menyentak kezaliman rejim Zionis dan
terus istiqomah menjalankan usaha boikot. Untuk bahagian seterusnya, saya
pecahkan fokus usaha boikot kepada 2 bahagian iaitu kehendak dan keperluan.
Antara Kehendak dan
Keperluan
Kehendak :
Antara produk yang boleh kita kategorikan sebagai kehendak adalah seperti
McDonald, Nestle', Starbuck, Coca-cola dan seumpamanya yang kebanyakkannya
berbentuk makanan dan minuman. Kalau tidak dapat beli pun, masih banyak lagi
produk lain yang dapat dijadikan sebagai inisiatif seperti Radix Cola, Kopi
Orang Kampung dan sebagainya yang mudah diperolehi di pasaran. Bukannya mati
pun kalau sebulan tak dapat makan burger McDonald.
Elok kiranya kita merenung
kembali surat Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqas :
Aku memerintahkan
kepadamu dan mereka yang bersama-sama mu (tentera Islam) supaya menjauhkan diri
daripada maksiat. Kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera
Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang
Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh
kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya
tidak ada lagi orang Islam pada kekuatannya.
Bilangan tentera
kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak
sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka, jika amalan maksiat dan tabiat kita
sama dengan pihak musuh, nescaya kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak
mereka.
![]() |
PROF MADYA DR HAFIDZI MOHD NOOR |
Ini sebahagian daripada ulasan PROF MADYA DR HAFIDZI MOHD
NOOR (Pengerusi Aqsa Syarif) :
"Berkaitan kenyataan
McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada
puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD
ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue, mereka ini sudah berjumlah ratusan juta
USD (bahkan mungkin billion dollar). Oleh kerana McD konsisten menyumbang
kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan
message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka
cawangan.
Jika setiap negara di mana
McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada
israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka
boycott akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak
berbelah bagi kepada Israel!
Tetapi jika setiap warga
dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing, maka ini akan
menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd
Israel. Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta
dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dgn
sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin???
Kerana itu boycott adalah
satu 'peperangan'.
Seruan boycott akan di
counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya
membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara
dan menyediakan peluang pekerjaan kpd rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat
pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan 'manis' ini,
boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempiasan
dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa
berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan
seberang lautnya mula menyusut.
Ingat boycott adalah
peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk
menggagalkan strategi boikot."
Nasib Pekerja McD
Tentang nasib pekerja McD
pula -- saya kongsikan lagi: Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD,
bagaimana dgn nasib pekerja McD?
Saya cuba rumuskan jawapan
yang bolih membantu.
Ini senario yang paling
mungkin.
McD tidak akan terjejas
dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika
market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan
beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa
kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit
(Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin
aggresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).
Jadi pekerja McD bolih
terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masaalah mungkin timbul
bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan
Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kemnpen seruan boikot
ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK). Mereka mungkin akan
berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau
rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang
berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik
jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan
bimbang ada jalan keluar.
1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama
tersohor dan paling prihatin dalam isu palestin memberi panduan umum.
- Jangan berhenti kerana
seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada
tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain
- dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah
berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.
- bagaimana utk mengelakkan
ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal
atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji
yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.
- Bagaimanakah jika tidak
dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah
itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Memohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA
tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang
bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidakj disangka-sangka oleh hambaNYA
(Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan
sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).
Ramai juga yang bertanya
untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber).
Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezxeki mereka terjamin dengan
jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.
Lebih baiklah mereka
mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing
Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta
rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan
lain-lain tempat.
Di sini kita meriusaukan
shabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia
ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan
nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika
dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman,
ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.
Semuga kita tidak berbalah
lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan
pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan
oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.
"Tolonglah agama
Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di
bumi"
*Semoga kita semua
istiqomah menjalankan usaha boikot dan teruskan semangat kita asalkan
dikukuhkan dengan kefahaman yang jelas dari masa ke semasa. Penulisan ini
mungkin penuh dengan kelemahan. Tegurlah jika ada bahagian yang saya terlepas
pandang.
like..pinjam ye..
ReplyDeletesilakan
ReplyDeletesemoga doa kita selalu mengiringi mereka di gaza.. boikot juga x menjadi kesan.. ALLAHU ROBBI.. doa diperlukan .. jangan berhenti berdoa.. moga ALLAH merahmati kita semua.. insyaALLAH
ReplyDelete