Bulan Ramadhan Bulan
Muhasabah Diri
Setiap orang senantiasa
mencari suatu ruang dan masa untuk melakukan perubahan diri. Walaupun untuk
berubah ke arah kebaikan itu tidak sama sekali tertakluk kepada ruang dan masa
yang khusus, namun begitulah realiti yang sering berlaku dalam kehidupan
seseorang itu. Tidak lama lagi kita semua akan menginjakkan kaki melangkah ke
bulan Ramadhan untuk menjalankan ibadat wajib puasa.
Ramadhan menjadi bulan muhasabah yang mustajab kerana
pada bulan yang dimana seluruh umat Islam diwajibkan untuk berpuasa, maka
seharusnya ibadat puasa itu mengaktifkan suatu kesedaran di dalam diri untuk
turut sama merasai apa yang dirasa oleh umat Islam yang hidup dalam keadaan
serba susah. Kesedaran ini akan membuatkan hati kita berada pada suatu tahap
yang membuat ruang minda kita untuk berfikir akan kehidupan yang dilalui oleh
saudara kita yang lain.
Bulan Ramadhan ini boleh sahaja dikatakan sebagai bulan
yang dihadiahkan oleh Allah SWT kepada umat Islam untuk beramal soleh dengan
ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Jadi seharusnya ia dilihat sebagai
bulan untuk mengumpul suatu momentum ataupun tenaga bagi melonjakkan diri
menuju kebaikan dengan penuh istiqomah bagi bulan-bulan yang bakal menyusul
selepas bulan Ramadhan.
Semoga kita penghayatan kita terhadap bulan Ramadhan
meningkat seiring dengan cara pandangan kita terhadap bulan Ramadhan itu
sendiri sebagai bulan untuk meningkatkan amal ibadah. Ini penting agar bulan
Ramadhan berfungsi dengan sebaiknya untuk mengaktifkan sebuah fasa kehidupan
yang lebih sejahtera selepas berlalu bulan Ramadhan. Janganlah pula dibiarkan
bulan Ramadhan itu berlalu pergi tanpa memberikan sebarang kepada kehidupan
kita kelak.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment