ANTARA
HANTARAN MAHAL, KADAR CERAI TINGGI DAN RAMAI SI TANGGANG MODEN
Tajuk akhbar KOSMO 10 Ogos
2013 sungguh menyedarkan saya apabila melihat 3 kombinasi tajuk berita iaitu :
·
RAMAI MEMBUJANG
LANTARAN HANTARAN MAHAL -Nilai anak dara berkelulusan ijazah boleh mencecah RM
50,000
·
TIGA PASANGAN MUSLIM
BERCERAI SETIAP JAM DI MALAYSIA.
·
RAMAI JADI SI
TANGGANG MODEN
Walaupun jika ramai yang melihat akan tertumpu kepada
tajuk besar bab hantaran mahal, namun ada kewajaran untuk melihat tajuk-tajuk
yang lain bagi mendapat suatu penilaian realiti semasa bagi dijadikan
pengajaran untuk diri sendiri.
Pengajaran awal yang boleh saya rumuskan iaitu : Jika
tidak menjaga hubungan dengan keluarga sendiri terutamanya ibu bapa kita
sendiri, bagaimana keluarga yang dibina hendak diberkati? Jadi berusahalah
terlebih dahulu dengan menjaga hubungan dengan emak ayah untuk hubungan di rumahtangga
yang akan dibina kelak lebih bahagia. Kalau dengan emak sendiri kita derhaka,
bagaimana isteri nak hormat kita? Apabila kita mentaati emak ayah kita (selama
mana tidak bercanggah dengan suruhan Allah SWT), insyallah, perjalanan untuk
menuju ke alam rumahtangga akan dipermudahkan. Allah SWT itu Tuhan Maha Besar.
Mulakan langkah ke alam rumahtangga dengan menjadi ANAK
SOLEHAH, agar kelak menjadi SUAMI SOLEH dan ISTERI SOLEHAH.
Hm, sy tengok banyak budaya ikut-ikutan, contohnya orang lain nak kahwin, dia pun nak ikut kahwin tapi sedarkah bahawa diri masih belum bersedia?...
ReplyDelete