Budaya
Menerima Nasihat
Makna
Nasihat
Banyak
orang menyangka bahawa nasihat hanyalah berbentuk kata-kata saranan, usul atau
kritikan pedas yang disampaikan kepada orang lain. Namun, sebahagian daripada
kita sukar untuk membezakan antara nasihat dengan celaan.
Padahal sebenarnya, nasihat berasal
daripada lafaz berbahasa Arab: 'an-nush' yang bermakna "ketulusan,
keikhlasan dan bersih daripada kotoran." Madu yang 'nasih'
ialah madu yang telah benar-benar bersih daripada campuran benda lain.
Lafaz 'nasihat' yang terdapat
di dalam al-Quran dan hadis selalunya bermakna: menghendaki kebaikan untuk
pihak lain.
Al-Khattabi dan Ibn al-Atsir berkata: "Nasihat adalah
sebuah kata yang mengukapkan keinginan agar orang lain mendapat kebaikan."
Jadi, nasihat sangat luas. Ia lebih
luas daripada sekadar usul, malah meliputi semua perbuatan yang bertujuan untuk
memberikan kebaikan kepada orang lain.
Agama
ialah Nasihat
Dalam
sebuah hadis riwayat Muslim daripada Tamim ad-Dari, Rasulullah SAW
bersabda: "Agama ialah nasihat." Para sahabat bertanya: "Nasihat
untuk siapa wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Untuk Allah,
rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin dan orang-orang awam mereka."
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu
Umamah bahawa Nabi SAW bersabda : "Allah berfirman : Ibadah yang paling
utama yang dilakukan oleh hamba-Ku ialah nasihat untuk-Ku."
Menyusun
Nasihat Dalam Kehidupan
Butiran
nasihat itu boleh diumpamakan seperti batu-bata yang siap tersedia untuk
disusun dan disemen menjadi suatu binaan yang memberikan manfaat. Tetapi
bayangkan apa yang akan terjadi seandainya batu-bata tersebut dibiarkan
selonggok disuatu sudut tanpa diambil untuk disusun menjadi suatu binaan yang
kukuh lagi bermanfaat? Sudah tentu ianya suatu pembaziran yang besar. Begitulah
juga halnya dengan nasihat yang kita peroleh di alam realiti sama ada dari
rakan-rakan sekeliling, emak ayah dan seumpamanya secara lisan. Tidak kurang
juga kita dengan teknologi yang serba canggih sekarang, ia membolehkan kita
terdedah dengan seribu satu macam nasihat seperti di laman sosial Facebook,
rakaman cerama agama di Youtube dan seumpamanya. Semua itu akan menjadi
suatu pembaziran yang besar seandainya tidak disusun dengan baik. Mana yang
hendak dijadi tapak asas binaan dan mana yang hendak dijadikan tiang penyokong.
Semua itu memerlukan susunan agar semua nasihat tersebut dapat disusun dengan
baik dan memberikan manfaat di dalam kehidupan. Inilah suatu perubahan budaya
yang sedia ada iaitu budaya nasihat kepada budaya menerima nasihat. Disaat
kehidupan kita dipenuhi dengan seribu satu macam nasihat saban hari, kini
perlulah kita memfokuskan pula kepada budaya menerima nasihat.
Nasihat itu bagaikan bata yang perlu
disusun menjadi suatu binaan tangga untuk membolehkan kita menyusun langkah
untuk meniti mendekati Allah SWT. Menjadi satu kerugian yang besar buat diri
golongan muda seandai butiran nasihat itu tidak dikutip dengan cermat untuk
dibina menjadi sebuah binaan yang berkekalan hingga ke akhirat.
Bersikap
Wasatiyyah terhadap Nasihat
Ada
pemuda yang memarahi orang menasihati mereka sehingga memaki kembali orang yang
menasihati diri mereka dengan pelbagai macam celaan. Ini seringkali kita lihat
di dalam laman sosial apabila golongan muda ditegur akan tingkah laku mereka
dan juga penampilan yang menyimpang daripada syariat Islam.
Ada pula pemuda yang menidakkan
langsung nasihat yang diberikan dan didedahkan dengan tidak menghiraukannya langsung. Baginya itu lebih
menenangkan jiwa dan aman. Tiada yang mengganggu gugat untuk keinginan dirinya
dilempiaskan dengan sepuas mungkin.
Berlainan pula dengan pemuda yang
bersikap wasatiyyah, mereka ini boleh dikategorikan sebagai golongan 'ulil
albab kerana hanya melihat isi nasihat daripada melihat siapa yang menyampaikan
nasihat. Tidak melampau untuk saya katakan, mereka ini merupakan golongan yang
terdidik dan mudah belajar dari kritikan dan teguran.
Boleh juga dikatakan pemuda yang
bersikap wasatiyyah terhadap nasihat sebenarnya melihat nasihat, teguran dan
kritikan atau hujah yang mempersoalkan tindakan-tindakan yang dilakukan mereka
itu sebagai bahan api untuk terus bergerak dengan penuh bertenaga serta lebih
baik. Mereka juga melihat nasihat sebagai pemacu untuk menjadi lebih baik
daripada hari-hari yang lepas.
Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa hari ini lebih baik dari hari kemarin,
dialah tergolong orang yang beruntung, barang siapa yang hari ini sama dengan
hari kemarin dialah tergolong orang yang merugi dan barang siapa yang hari ini
lebih buruk dari hari kemarin dialah tergolong orang yang celaka.”
[1] Mukasurat 42, Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia, Umar Muhammad
Noor, Telaga Biru.
[2] Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no.196.
[3] Muka surat 43, Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia, Umar
Muhammad Noor, Telaga Biru.