Lihatlah Diri Sebagai Seorang
Pelajar
Sekiranya kita melalui
perjalanan dalam kehidupan ini dengan melihat diri kita sebagai seorang pelajar
supaya apabila berhadapan dengan ujian yang mendatang kelak, maka ujian itu
akan dilihat sebagai suatu subjek pelajaran yang mesti dihadapi untuk
meningkatkan lagi kemajuan diri di sisi Allah SWT.
Walaupun Sultan Muhammad Al-Fateh sudah bergelar pemimpin
yang memerintah sebuah kerajaan yang menguasai 1/3 dunia, namun sepanjang
hidupnya sentiasa dipenuhi dengan aktiviti intelektual kerana beliau melihat
dirinya sebagai seorang pelajar walaupun sudah bergelar sebagai pemimpin yang
agung dengan gelaran "The Grand Signeur". Peribadi ini
dinyatakan sendiri oleh seorang tokoh sejarawan Turki iaitu Prof. Halil
Inalchik :
"Sultan Muhammad Al-Fateh pada awal pemerintahannya menunjukkan
minat yang mendalam pada seni dan kebudayaan Itali selepas Renaissance. Sultan
Muhammad Al-Fateh memang satu-satunya sultan Uthmaniah yang berwawasan jauh dan
besar jiwanya. Semata-mata mahu belajar agama Kristian daripada mereka yang
pakar, beliau memerintahkan paderi Gennadius bagi menulis risalah perihal agama
itu kepadanya. Di dalam istananya, beliau mengumpulkan sarjana-sarjana Greek
dan Itali bagi menulis mengenai agama Kristian seperti Amirutzes dan Trebizon,
Critoboulus dari Imbros dan Ciriaco dari Ancona. Beliau mengarahkan Amirutzes
mendapatkan untuknya peta dunia, menterjemahkan peta geografi Ptolemy dan
menyediakan perpustakaan khas istana yang menyediakan karya-karya Latin serta
Greek. Beliau menunjukkan minat kepada Gentile Bellini yang beliau bawa dari
Venice bagi mencorak dinding Istana Uthmaniah dengan seni ukir Itali dan
melukis potretnya sendiri. Berlinghieri pula membentangkan Geographia kepada
Sultan Muhammad Al-Fateh manakala Roberto Valturio membentangkan De e military
kepadanya. Demikian juga Giovanni Maria Felifo menulis sajak Amyris memuji
Sultan Muhammad Al-Fateh."
Apabila kita merasa diri kita berilmu, maka disaat itulah
kita merupakan seorang yang bodoh. Bagi orang yang merasakan dirinya sudah
cukup dengan ilmu, maka secara tidak langsung menyebabkan mereka berhenti
daripada belajar. Sebagai suatu perumpamaan, apabila seseorang manusia apabila
mereka dahaga akan mencari air. Begitu juga bagi orang yang merasa dirinya
tidak berilmu, maka akan terus-menerus menuntut ilmu.
Ujian Menjadi Tekanan Hidup
Ramai diantara kita tidak
menganggap peperiksaan itu sebagai tekanan hidup dalam fikiran mereka kerana
meyakini bahawa ianya merupakan suatu proses untuk membuatkan mereka mendapat
tingkatan pendidikan yang lebih baik. Daripada Diploma ke Ijazah, daripada
Ijazah ke Master, daripada Master ke Doktor Falsafah. Walaupun pada realitinya,
tergambar dalam kehidupan mereka ianya agak menekan. Bagaimana pula fikiran
mereka terhadap ujian yang diberikan oleh Allah SWT dalam kehidupan mereka yang
berada di luar bidang pengajian? Adakah mereka masih menganggap ianya suatu
ujian ataupun tekanan hidup? Musibah? Bala?
Itu sebabnya apabila kehidupan didatangi ujian, kerap
kali mereka akan berasa tertekan kerana hanya melihat diri mereka sebagai
seorang pelajar hanya apabila berada di dalam kuliah dan universiti sahaja.
Sebaiknya anggaplah dunia ini merupakan suatu universiti yang mentarbiah diri
bagi meningkatkan lagi status diri di sisi Allah SWT. Di saat itu, apabila
ujian datang menjengah, maka kita akan melihatnya sebagai suatu pembelajaran.
Tiada lagi tekanan dan tiada lagi jiwa yang tertekan. Kehidupan akan dilalui
dengan penuh ketenangan.
Apabila kita berhenti melihat diri kita sebagai seorang
pelajar, maka disaat itu ujian mendatang akan membuatkan diri kita merasa
tertekan.
InsyaAllah ^^
ReplyDelete