Baitul Muslim Yang
Bertuhankan Allah SWT
Menjaga
Ikhtilat Sepanjang Pertunangan
Usaha
untuk membina Baitul Muslim yang bertuhankan Allah SWT mestilah berbeza dengan bertuhankan nafsu. Ini kerana apabila bertuhankan Allah SWT, pergaulan diantara
kedua-dua pasangan akan senantiasa terjaga daripada melakukan perkara-perkara
yang dilarang oleh Allah SWT.
Tanpa menafikan keperluan untuk
membina sedikit sebanyak kefahaman diantara kedua-dua pasangan bagi melancarkan
urusan penikahan, perlu dinilai tindakan yang dilakukan antara kehendak atau
keperluan. Untuk hal ini, ianya janganlah disangka datang bergolek melainkan
ianya perlu diusahakan dengan sebaik mungkin bagi menangkis sejauh-jauhnya
godaan syaitan yang mahu menggelincirkan pasangan dari niat asal pernikahan
mereka.
Pertunangan di sisi Islam adalah sama sahaja
hubungannya sebelum berkahwin. Oleh yang demikian, orang yang bertunang masih
dianggap ajnabi.
(Muhammad al-Zuhayli (2010), al-Mu`tamad Fi al-Fiqh
al-Shafi`i, j. 4. Dar al-Qalam: Dimashq, h. 47).
Apabila hukum perhubungan antara lelaki dan perempuan
adalah sama sahaja sama ada sebelum bertunang atau setelah bertunang, maka
mereka berdua haram untuk berkhalwat di tempat sunyi, mereka juga tidak boleh
bersentuhan tangan, bercampur tanpa ditemani mahram, keluar berdua-duaan ke
pasaraya, taman dsb. Dalam hal pertunangan ini, mereka tidak boleh mendakwa
bahawa dengan keluar berdua-duaan itu akan lebih mengenali antara satu sama
lain. Ini kerana, apabila mereka keluar berdua-duaan itu, biasanya mereka akan
berlakon, dan tidak mempamerkan diri mereka yang sebenar.
(Muhammad al-Zuhayli (2010), al-Mu`tamad Fi al-Fiqh
al-Shafi`i, j. 4. Dar al-Qalam: Dimashq, h. 47).
Kefahaman
Keluarga Dalam Memudahkan Urusan Pernikahan
Kebiasaannya
kita dinasihati untuk senantiasa mengingati Allah SWT supaya pemakaian yang
dipakai menutup aurat dan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Tanpa menafikan kebenaran dan kebaikan nasihat tersebut untuk diamalkan di
dalam kehidupan.
Namun begitu, kebaikan itu tidak akan
berfungsi jika tidak disokong oleh ibu bapa dari sudut untuk turut sama-sama
mengamalkan nasihat yang mereka berikan kepada anak-anak dalam aplikasi yang
berbeza.
Oleh sebab itu, di saat emak ayah
menyuruh anak-anak mereka ingat kepada Allah SWT agar terjaga aspek pemakaian
yang menutup aurat dan menjaga batas pergaulan. Perlulah diingat juga oleh emak
ayah untuk senantiasa ingat kepada Allah SWT tatkala anak-anak menyatakan
keinginan untuk bernikah supaya urusan pernikahan tidak diberatkan dengan perkara-perkara
yang tidak dituntut oleh syariat Islam.
Apa yang jelas dan perlu diingat
adalah pasangan tersebut mestilah mengutamakan Allah SWT dan Rasulullah SAW
berbanding persepsi ibu bapa yang tidak berlandaskan syariat. Di sinilah titik
perjuangan untuk turut sama membawa ibu bapa agar berjalan seiring untuk
menjayakan tuntutan syariat Islam sangat penting untuk terus istiqomah.
*Kesimpulan,
emak ayah dan anak-anak kenalah senantiasa ingat Allah SWT.
No comments:
Post a Comment