Antara
Mengenali dan Memahami Sahabat
"Ana sendiri pun hairanlah. Sepanjang ana kenal sahabat
ana selama 10 tahun, ana belum lagi mampu untuk mengajak untuk memahami
Islam," luah rakan saya dengan penuh nada kecewa.
"Kenal dan faham itu dua perkara yang berbeza,"
balas saya sebagai mukadimah.
"Apa bezanya? Bukan sama ke?" soalnya dengan
nada menduga.
"Mestilah berbeza. Sebab tu enta jangan hairan jika
persahabatan enta dengan sahabat enta selama 10 tahun itu belum cukup untuk
enta berupaya mengajaknya menyertai program-program Islam, kuliah agama ataupun
usrah," ucap saya menghuraikan perbezaannya.
"Itulah ana pun jadi hairan," balasnya sambil
mengusap janggutnya.
"Jika kita sekadar kenal sahabat kita, kita akan
duduk melihat karenahnya sahaja. Pada waktu dia berpelakuan buruk kita
mengelak. Pada waktu dia berpelakuan baik kita menyenanginya. Itulah yang
sekadar apa yang kita akan lakukan apabila hanya mengenali diri mereka. Berbeza
pula apabila kita memahami sahabat kita. Pada waktu dia berpelakuan buruk kita
akan bijak berhadapan dengan karenahnya itu untuk mengembalikan diri kepada
perlakuan baik. Pada waktu dia berperlakuan baik, kita akan terus mendorong
dirinya untuk kekal istiqomah dengan kebaikan yang dilakukan," terang saya
lagi dengan huraian yang lebih mendalam.
![]() |
Berusahalah memahami sahabat dengan melihat kehidupan mereka. |
Kenalpasti Keadaan dan
Reaksi
"Jadi apa yang ana harus buat sekarang?"
soalnya dengan penuh keruan.
"Lepas ni enta fikirkan semula bagaimana hendak
menguruskan kerenah sahabat enta tu. Kita perlu berstrategi dalam berkomunikasi
dengan sahabat kita yang punya pelbagai macam kerenah ni. Perlahan-lahan enta
kaji kerenahnya. Lihat kembali waktu bila dia akan berperlakuan baik dan waktu
bila dia akan berpelakuan buruk."
"Kenapa pula hendak dikaji kerenahnya?" soalnya
untuk mendapat kepastian saranan saya itu.
"Karenah yang ada pada sahabat kita itu hanya tindak
balas terhadap keadaan yang mereka hadapi. Itu suatu yang normal. Sebagai
contoh dalam keadaan sibuk, kita sendiri pun akan cenderung untuk merasa stres,
marah dan sebagainya. Dalam keadaan tenang, kita akan lebih cenderung untuk merasa
senang. Seterusnya, manipulasikan sahaja keadaan mereka. Kalau mereka sibuk,
kita ajaklah mereka untuk tenang sebentar. Kalau berterusan sibuk, nanti dia
akan cenderung untuk marah. Kalau mereka dalam keadaan lapang, ajaklah berbuat
apa-apa aktiviti. Kalau berterusan, akan bosan dan sugul pulak nanti,"
terang saya dengan penuh bersemangat.
Sahabat saya mengangguk faham.
"Kemudian, pada waktu itulah enta boleh suntik
kefahaman Islam pada dirinya. Sebabnya dia sudah melihat diri enta sebagai
seorang sahabat yang memahami dirinya. Dia pun akan lebih senang jika bersama
enta. Sedikit sebanyak imej kebijaksanaan yang tertonjol dalam kita berhadapan
dengan kerenahnya akan membina suatu keyakinan untuk dia menyahut seruan kita,"
jelas saya sebagai kesimpulan dan juga sebagai suatu saranan.
No comments:
Post a Comment