Sekularisme
Dalam Dakwah
Kehidupan Itu Dakwah
Dakwah itu suatu yang hidup. Ia tidak mati di pentas ceramah di
masjid, surau atau kuliah. Selagi mana kita meneruskan kehidupan sebagai
seorang Muslim, selama itulah dakwah hidup bersama kita. Sebab itulah muhasabah
(proses mengkaji diri) mesti menjadi suatu kewajipan seharian kita supaya imej
yang dibawa dalam kehidupan tidak mencemarkan Islam yang penuh dengan
keindahan. Muslim itu duta bagi agama Islam.
Sebelum
pergi kepada persoalan yang lebih luas, molek kiranya kita memahami terlebih
dahulu apa yang dimaksudkan dengan dakwah. Dakwah itu adalah bermaksud menyeru,
mengajak, menggalak dan mendorong. Lantas, akhlak di dalam kehidupan kita
mestilah juga mempunyai elemen yang menyeru, mengajak, menggalak dan mendorong
orang di sekeliling untuk memahami Islam.
Dr.
Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah seperti berikut :
Dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya
mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini,
mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah
sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah
(taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan
hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan
berjihad pada jalan-Nya.
Sekularisme Dalam Kehidupan
Kehidupan sebagai seorang Muslim itu sebenar-benar daya tarikan
yang dapat membawa orang sekeliling agar lebih dekat dengan Islam.
Jika
kita lihat zaman sekarang, kehidupan masyarakat begitu banyak berpaling
daripada mengikuti kebenaran Islam. Lantaran itu, sebaik-baik dakwah yang
berhikmah adalah bermula dengan menunjukkan contoh kehidupan Muslim yang penuh
dengan keindahan kepada mereka. Ini penting agar mereka tertarik untuk
mengikuti teras Islam iaitu akidah Islamiyyah lantas berpaling daripada
kehidupan taghut (sesuatu selain Allah SWT).
1. Individu
Muslim
2. Keluarga
Muslim
3. Masyarakat
Muslim
4. Kerajaan
Islam
5. Negara
Islam
6. Empayar Islam
7. Ustaziatul Islam (Islam tersebar seluruh alam)
6. Empayar Islam
7. Ustaziatul Islam (Islam tersebar seluruh alam)
Inilah 5 tahap yang boleh dimuhasabah kembali bagi mewujudkan
sebaik-baik contoh pengaplikasian Islam yang sebenar dalam kehidupan supaya
setiap daripada umat manusia dapat melihat dengan jelas begitu indahnya apabila
ajaran Islam berpadu dengan kehidupan manusia. Lantas, ini menjadi suatu dakwah
yang terbesar untuk mengajak kepada Islam yang sebenar.
Sekularisme Dalam Dakwah
Adalah menjadi suatu kesalahan apabila ada yang melihat dakwah dan
kehidupan itu sebagai suatu yang terasing.
"Macam
mana hendak berdakwah, aku kan sibuk dengan projek untuk kursus pengajian. Tak
ada masa nak berprogram," ujar seorang pelajar di sebuah universiti.
"Saya sibuk dengan
perniagaan. Bukannya nak berikan alasan, tapi anak isteri saya siapa yang
hendak tanggung kalau bukan saya yang perlu membanting tulang mencari
rezeki," ujar seorang peniaga yang sibuk dengan perniagaannya.
Apabila
tugas dakwah itu dilihat sebagai suatu yang terasing dalam kehidupan, secara
tidak langsung kita telah mengamalkan sekularisme dalam kewajipan tugas dakwah.
Inilah sekularisme yang sering kita amalkan tanpa disedari di saat kita mengeji
ideolosi sekularisme yang diamalkan oleh pihak lain. Apa bezanya kalau golongan
sekular itu mengasingkan persoalan kehidupan dari agama dan kita pula
mengasingkan agama dari persoalan kehidupan. Sungguh! Ini suatu perkara yang
berbahaya bagi pemikiran seorang Muslim.
No comments:
Post a Comment