Berusaha
Mencari Keikhlasan
"Wah, Suryani sudah tutup
aurat. Cantik betul dia bertudung labuh dan berbaju kurung. Betul tak Zaki
?" soal Izzati. Seperti biasa pasti Izzati akan datang ke tempat Zaki
untuk berborak. Zaki hanya mampu menjarakkan kerusinya sahaja. Sudah berapa
kali dipesan untuk menjaga batas pergaulan, masih lagi tidak faham. Pensyarah
pula belum lagi masuk.
"Mestilah cantik. Sebab itu
Islam menuntut umatnya menutup aurat dengan sempurna. Engkau pula bila lagi
hendak tutup aurat?" soal Zaki sambil tersenyum lebar. Sudah berapa kali
soalan itu disoalnya. Ada sahaja alasan yang diberikan Izzati.
"Nantilah Zaki. Kalau hati
tidak ikhlas menutup aurat, sia-sia sahaja. Biarlah aku betul-betul ikhlas
hendak menutup aurat." balas Izzati.
"Ikhlas itu tidak datang
bergoleklah. Tuan punya badan yang perlu berusaha untuk mencapai keikhlasan
dalam menjalankan tuntutan agama." jelas Zaki. Pokok perbincangan mereka
berdua sudah semakin jelas.
"Hendak ikhlas pun perlu
berusaha ke?" soal Izzati dengan penuh kehairanan.
"Ikhlas itu bermaksud sesuatu
kehendak ataupun niat yang disandarkan semata-mata kerana Allah SWT. Mungkin pada
awal menutup aurat itu disebabkan ibu bapa yang suruh ataupun kita sendiri yang
memaksa diri untuk menutup aurat tetapi semua itu adalah permulaan untuk kita
mencapai keikhlasan."
"Boleh ke memaksa diri untuk
ikhlas? Bukankah ikhlas itu lahir daripada kerelaan diri?" soal Izzati
dengan dahinya yang berkerut seribu.
"Keikhlasan itu sesuatu yang
sangat berharga. Ianya menuntut pelbagai usaha bagi mencapainya. Setiap usaha
pula pasti bermula dengan keterpaksaan. Kata bijak pandai, orang yang berjaya akan
memaksa dirinya untuk berubah dan orang yang gagal hanya berubah apabila
terpaksa." jelas Zaki dengan penuh bersemangat. Peluang untuk memberikan
kefahaman kepada rakannya itu tidak patut dipersiakan dengan hujah yang hambar.
"Jadi selama ini aku tersilaplah
dalam melihat maksud keikhlasan yang sebenar." Izzati terdiam seketika
lalu menyambung kembali bicaranya. " Tapi sempat lagi ke aku hendak
berubah dengan keadaan aku sekarang?" soal Izzati dengan penuh nada
kecewa. Dia hanya mampu tertunduk malu dengan jawapan yang diberi oleh Zaki
itu.
"Setiap waktu yang masih ada
sekarang merupakan kesempatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Hargai
kesempatan ini sebaik mungkin dengan berubah menjadi yang lebih baik daripada
sebelum ini. Bertaubatlah dengan kesalahan yang lalu kerna Allah SWT itu Maha
Pengampun. Keluasan rahmatNya lebih luas berbanding dosa yang kita
lakukan." pesan Zaki sambil membuat kesimpulan bagi hujahnya.
Pensyarah mula melangkah masuh
menandakan waktu kuliah akan bermula. Perbualan mereka berdua walaupun singkat
tetapi sungguh bermakna untuk difikirkan. Apa yang penting, terus beristiqamah
dalam memberikan kefahaman kepada rakan-rakan yang mungkin salah faham akan
maksud PERUBAHAN.
![]() |
Majulah memburu hidayah Ilahi. |
Keikhlasan
itu sesuatu yang berharga. Jadi bagi mendapatkannya, kita perlu berusaha
walaupun kita perlu bermula dengan keterpaksaan.
Ikhlas,tiada indicator tertentu untuk mengukurnya.Allah jualah yang berhak menilai.Mahalnya harga sebuah keikhlasan,sangat.
ReplyDelete