Antara Restu Emak Ayah
dan Restu Allah SWT
"Kekasih saya tu
dah tahu kami berdua berkawan. Mak ayah pun dah tahu dengan siapa anak mereka
berkawan, jadi tidaklah risau sangat kalau kami keluar berdua. Alhamdulillah.
Tak lama lagi kami rancang nak kahwin, tapi sekarang masih lagi belajar. Jadi,
lepas habis belajar kami berdua kahwinlah," ucapnya dengan penuh rasa
lega.
Inilah alasan yang seringkali diberikan apabila ditegur
akan pasangan yang bercouple. Mereka menjadikan restu emak ayah itu sebagai
tiket untuk menghalalkan hubungan dan pergaulan mereka yang gayanya seperti
suami isteri. Perlu diingat dalam hal ini bahawa restu emak ayah terhadap
sesuatu perkara yang melanggar restu Allah SWT adalah terbatal sama sekali.
Bagaimana hendak mengenali restu Allah SWT? Sudah tentulah melalui syariat daripada
Allah SWT. Jika sesuatu hubungan dan pergaulan itu melanggar apa yang
digariskan dalam syariat, maka itu sudah bererti melanggar restu Allah SWT.
"Eh, bukan restu Allah SWT itu datang dari emak ayah
ke?" soal pula pasangan lain apabila dijelaskan sedemikian.
Ya. Restu emak ayah yang sedemikian hanya terbatas dalam
perkara-perkara yang tidak melanggar batasan syariat sahaja. Itu hanya terpakai
bagi emak ayah yang sememangnya memahami Islam dengan baik sahaja.
Kesimpulannya, jangan terus hendak menggunakan tiket
restu emak ayah bagi menghalalkan sesuatu perkara yang sudah jelas bertentangan
dengan apa yang digariskan oleh syariat. Jika emak ayah tidak mengetahui,
khabarkanlah kepada mereka akan apa yang sudah kita ketahui. Mungkin dalam
kesibukan mereka mencari nafkah untuk menyara kita, mereka terlepas pandang
perkara ini. Bantulah pula emak ayah untuk memahami Islam dengan lebih baik
agar kelak, restu emak ayah itu selari dengan restu Allah SWT.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment