Tuhan Itu Maha Adil
"Kau lihatlah penyanyi itu ada suara yang sedap
sehingga membolehkannya mencari pendapatan dengan menjadi seorang penyanyi
tetapi ada pula manusia yang bisu sehinggakan menyukarkannya untuk
berkomunikasi. Di manakah keadilan Tuhan bagi hambaNya?" luah Rahmat
sambil menundukkan wajahnya. Ucapannya itu seperti menidakkan keadilan Tuhan
buat sekelian makhluk.
Zaki cuba untuk bersifat empati dengan rakannya itu. Hairan juga dibuatnya
dengan perbandingan yang dilakukan itu. Persoalan keadilan Tuhan timbul
diantara dua situasi iaitu penyanyi dan seorang yang bisu. Ianya persoalan yang
benar-benar mencabar minda untuk diberikan jawapan yang segera. Perlu lebih
teliti untuk memberikan jawapan yang berhikmah. Terdiam sebentar dengan soalan
yang sebegitu rupa. Terdiam pula bukannya membuntu tetapi memikirkan kembali
pilihan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Rahmat.
"Apakah yang engkau faham dengan maksud keadilan bagi kedua-dua keadaan
tersebut? Antara penyanyi yang bersuara lunak dan seorang yang bisu?" soal
Zaki bagi meneliti terlebih dahulu kefahaman Rahmat terhadap maksud adil yang
difahaminya.
"Jikalau si penyanyi dianugerahkan suara lunak biarlah si bisu itu dapat
bersuara walaupun tidak lunak. Itu barulah adil," balas Rahmat dengan
yakin.
"Itu sama rata. Jika si penyanyi bersuara, maka si bisu pun mesti
bersuara. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, walau kita melihat si bisu tidak
mempunyai suara tetapi mungkin dia dikurniakan kebahagian hidup yang lebih
baik. Bisunya itu tidak membuatkannya menghamburkan kata-kata nista kepada
manusia yang lain. Sebaliknya, si penyanyi itu pula walaupun mempunyai suara
lunak, kelunakkan suaranya itu membuatkan dia begitu sibuk memenuhi jemputan
nyanyian di sana sini sehingga dirinya tidak sempat mengecap kebahagian hidup.
Si bisu bahagia dengan caranya tersendiri dan si penyanyi bahagia dengan cara
yang tersendiri. Masing-masing Tuhan beri kenikmatan hidup pada keadaan yang
berbeza tetapi pada kadar yang sama," balas Zaki dengan penuh bersemangat.
Kesamarataan dan keadilan itu dua perkara yang
berbeza...
No comments:
Post a Comment