Kenapa Saya Menulis Blog?
Untuk menghasilkan sesuatu
penulisan, saya perlu untuk mengkaji, membaca dan pergi sendiri merasai
pengalaman dengan kerenah manusia untuk menerapkan kefahaman Islam di dalam
diri mereka. Tidak bergerak jari-jemari untuk menulis sesuatu penulisan jika
tidak bergelut dengan sebaiknya di alam realiti.
Tiada jihad fantasi yang dicurahkan di dalam penulisan
yang mampu menerobos jihad realiti. Bezanya antara menjadi blogger dan pejuang
yang lain dalam menyegarkan Islam adalah blogger ini menulis dan berkongsi apa
yang dilaluinya dalam jihad realiti agar setiap orang dapat berkongsi
penyelesaian yang sewajarnya untuk dikongsikan. Buruk sekali orang yang rajin
melabel sesiapa yang menulis di dalam alam maya melalui blog itu sebagai jihad
fantasi.
Di saat ada sahaja sebahagian orang yang suka melabel
usaha menulis blog itu sebagai jihad fantasi, musuh-musuh Islam pula rancak
menyebarkan maksiat di alam realiti dan alam maya. Inilah juga salah satu
faktor yang membina tenaga di dalam diri saya untuk terus menulis. Kajilah
kembali ulama' mana yang tidak menulis sepanjang kehidupan mereka disamping
berbasah peluh di alam realiti juga. Bermuhasabahlah.
# Gambar dibawah adalah
folder penulisan yang sedia dikarang untuk disiarkan di dalam blog secara
konsisten. Semoga para penulis blog yang mengisi dengan pengisian Islam terus
istiqomah, tidak jemu mengkaji dan senantiasalah berdoa memohon kekuatan dari
Allah SWT.
No comments:
Post a Comment