Pemikiran Yang Berjerebu
Di saat menghadapi musim
jerebu yang menggemparkan seluruh negara, berbagai reaksi yang timbul dari
masyarakat. Berbagai jenis ulasan, alasan, hujah, komen, kritikan dan
seumpamanya keluar dari mulut mereka. Namun apa yang pasti, persamaannya adalah
pemikiran masyarakat kita sememangnya berjerebu. Sangat tebal jika boleh
dilihat jerebu yang melanda pemikiran masyarakat kita.. Pemikiran yang
berjerebu lebih berbahaya berbanding jerebu yang dialami ketika ini kerana
pemikiran yang sedemikian akan melahirkan suatu reaksi yang tidak bijaksana
serta tidak menyelesaikan keadaan.
Lebih parah daripada itu, pemikiran manusia yang
berjerebu ini menghalang mereka daripada melihatt hikmah dan pengajaran yang
hendak disampaikan oleh Allah SWT di sebalik kabus jerebu yang terjadi. Kelak,
tindakan-tindakan yang bakal mewujudkan jerebu masih lagi berterusan dan
semakin teruk pula daripada sekarang. Kerana apa? Ini kerana manusia seringkali
tidak mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.
Sebaiknya musim jerebu yang terjadi kali ini sudah dapat
membuatkan pemikiran kita yang sedia lama berjerebu itu reda dan membolehkan
kita nampak apa tindakan yang sewajarnya diambil untuk dilakukan kelak.
Sementara masih berjerebu dan kebanyakkan duduk di dalam
rumah menanti jerebu reda, sebaiknya muhasabah diri kembali dan renunglah
pengajaran di sebalik musim jerebu yang berlaku. Fikirkan tindakan apa yang
hendak diambil selepas ini agar musim jerebu yang lebih tebal tidak menjelang
kembali.
No comments:
Post a Comment