Aku
Kotor! Aku Tak Suci!
"Jika engkau sedar diri engkau hina! Jika engkau
sedar diri engkau sudah tak suci! Jadi lebih engkau fikirkan kemana engkau mahu
pergi sekarang?" tegas Mira.
"Aku buntu Mira. Rakan-rakanku pandang hina aku. Mak
ayah sudah memandang hina aku. Orang di sekeliling aku semuanya memandang hina
diriku sekarang. Jadi mana lagi aku mahu pergi sekarang?" luah Alia dengan
air mata yang berlinangan.
"Pulanglah kepada Allah SWT. Dia sentiasa ada
bersama-sama hambaNya yang mahu bertaubat," jelas Mira dengan nada yang
lembut.
"Tapi dosa aku dengan Allah SWT banyak sangat
Mira," luah Alia dengan penuh nada kecewa.
"Habis kalau bukan Allah SWT untuk engkau kembali,
kepada siapa lagi yang engkau mahu minta ampun?" soal Mira dengan nada
menduga.
Alia hanya mampu tertunduk pasrah dengan persoalan yang
ditujukan oleh sahabat baiknya itu.
Allah SWT Sebaik-baik
Tempat Kembali
Ada yang merasakan diri
mereka tidak akan diampunkan Allah SWT, lantas mereka itu membelakangi Allah
SWT di dalam kehidupan mereka. Namun, buat mereka yang membaca penulisan ini
harus menyoal kembali diri mereka buat seketika, "Kepada siapa lagi yang
mampu mengampunkan dosa-dosaku yang tidak terhitung ini?"
Persoalan ini akan terjawab dengan kemas jika direnungkan
kembali dengan sedalam-sedalamnya ayat al-Quran ini yang berbunyi :
Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus
asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa;
Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah
Az-Zumar, Ayat 53
![]() |
Selagi mana engkau merasakan
diri engkau kotor, maka mohonlah kepada Tuhan yang Maha Suci untuk memohon
keampunannya. RahmatNya lebih luas daripada kemurkaanNya.
|
No comments:
Post a Comment