Kita
Menangis Kerana Apa?
"Oh Mat, pasal apa ko menangis ni?"
"Awek aku dah minta putus la," jawab Mat dengan nada yang sayu.
"Sudahlah tu Mat. Buruk betul bila lelaki menangis," jawabku sambil
memujuk.
Setiap orang pasti pernah menangis dalam kehidupan mereka. Sedikit sebanyak
dengan menangis mereka akan merasa satu kelegaan dan ketenangan di dalam diri
kerana dapat meredakan sebak di dalam hati.
Persoalannya, apakah yang menyebabkan kita menangis? Jika memikirkan kembali
soalan ini, ia dapat menjadi satu usaha muhasabah diri bagi mengetahui
dimanakah tahap keimanan di dalam diri kita. Mana tidaknya, ada yang menangis
kerana tidak dibenarkan oleh ibu bapa mereka pergi ke konsert dan ada yang
menangis kerana berpisah dengan kekasih mereka.
Apabila saya membaca salah satu bahagian di dalam sebuah buku yang bertajuk Detik-detik
Hidupku karangan Imam
Hasan al-Banna. Di dalam buku tersebut menyatakan bahawa Imam
Hasan al-Banna menangis kerana pada waktu itu beliau perlu memberikan ceramah
di Pusat Ikhwanul Muslimin di Perlabuhan Sa'id sedangkan dia sedang sakit
. Beliau menahan kesakitan itu untuk bertekad meneruskan ceramah sehingga menangis. Itulah tangisan pejuang Islam yang melambangkan tahap keimanannya dalam memperjuangkan Islam.
Imam Hasan al-Banna merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin |
Seperkara lagi, para ulama dahulu seringkali menangis kerana merasa begitu
takut kepada Allah dalam solat mereka. Dan itu menjadikan mereka sentiasa
merasa tenang. Sungguh berbeza sekali dengan masyarakat sekarang yang banyak
menangis kerana tidak mendapat dunia yang mereka idam-idamkan ketika akhirat
sedang menjauhi mereka.
Banyak perkara yang boleh kita renungkan kembali apabila kita menangis. Begitu
hebat sekali tangisan yang Allah berikan kepada kita bagi dijadikan indikator
atau kayu pengukur bagi tahap keimanan yang ada dalam diri kita.
Menangislah selagi
mana apa yang kita tangisi itu dapat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment