"Apa persiapan yang
kita lakukan sekarang kalau esok ataupun sekejap lagi kita meninggalkan
dunia," ucap Hakim pada suatu pagi sewaktu duduk di tangga masjid seusai
mengerjakan solat subuh berjemaah.
"Kenapa tiba-tiba sahaja engkau bercakap tentang
mati? Engkau okey ke?" soal Haikal dengan nada penuh terkejut dengan apa
yang diucapkan Hakim.
"Bukan apa, Haikal. Apabila aku mengingati mati
sejak kebelakangan ini, ia membuatkan aku berfikir banyak perkara yang aku
lakukan dalam kehidupan yang lepas," balas Hakim dengan penuh kesedaran.
"Engkau ini membuatkan aku takut sahaja. Tiba-tiba
bercakap pasal mati," ucap Haikal.
"Kenapa pula hendak ditakutkan mati sedangkan ianya
suatu yang pasti," balas Hakim.
"Yelah. Semua yang hidup pasti akan mati. Tapi cukuplah
kita teruskan hidup sahaja. Tak perlulah nak fikir sampai macam tu sekali
Hakim. Ajal maut di tangan Allah. Kita hambaNya mampu mempersiapkan amal ibdah
untuk menghadapi kematian sahaja," ujar Haikal.
"Aku bukannya nak menakutkan engkau Haikal.
Mengingati mati itu bukan sekadar menimbulkan ketakutan sahaja tetapi untuk cas
kembali iman di hati. Kalau kita sering mengingati mati, ia akan menghidupkan
hati kita melakukan amal ibadah. Kalau kita hanya melakukan amal ibadah tanpa
mengingati mati, nanti kita akan mengerjakan ibadah dengan hati yang lalai.
Ibadah jadi hambar," balas Hakim.
Ingat Mati, Menghidupkan
Hati
Haikal merenung Hakim sambil berusaha membaca apa yang
sedang difikirkan oleh sahabatnya itu.
"Hidup sekadar menghela nafas itu sama sahaja
seperti binatang. Meneruskan kehidupan dengan sekadar makan minum, pergi kuliah
balik kuliah, mandi, tidur tapi hati mati. Itu suatu kematian sebelum ajal
datang menjemput. Kalau kita terus macam itu, kita tidak mampu memanfaatkan
sepenuhnya masa yang masih dalam sebelum ajal datang menjemput kita,"
tambah Hakim lagi dengan nada yang serius.
"Mungkin betul juga cakap engkau itu Hakim. Apabila
engkau bercakap macam itu, banyak perkara yang aku mula sedar. Macam aku solat
sebentar tadi, terasa seperti bersenam di awal pagi sahaja. Anggota badan aku
sahaja bergerak, namun hati aku tidak menuruti gerakan anggota badan. Solat
yang dikerjakan hidup pada zahirnya tapi mati di dalam hati. Kurang penghayatan
aku dalam solat," balas Haikal yang mula memahami maksud Hakim.
"Benar bukan? Hati kita selama ini sering sahaja
lalai dalam mengerjakan amal ibadah. Seperti rutin harian sahaja solat yang
dikerjakan. Bukannya suatu ibadah yang sepatutnya memperharui setiap fasa
kehidupan seharian," sokong Hakim dengan apa yang diucapkan Haikal.
"Jadi matinya kita sebagai persoalan yang besar
untuk difikirkan. Cukup usaha kita sekarang dalam memenuhi kriteria seorang
Muslim. Asalkan kita mati dalam usaha menjadi seorang Muslim yang sejati. Allah
sendiri pesan di dalam al-Quran kepada para hambaNya, jangan mati selagi bukan
Muslim," balas Haikal lagi.
Luas Pemikiran
"Mengingati mati pun
akan menjadikan kita pelajar yang cemerlang," ucap Hakim untuk mengubah
konteks perbualan mereka mengenai kematian bagi melebarkan
"Macam mana pula boleh jadi cemerlang?" soal
Haikal.
"Engkau pernah dengar apa yang Steve Job cakap apa
tentang kematian sebelum dia meninggal dunia?" soal Hakim.
"Tak pernah. Apa yang Steve Job cakap?" soal
Haikal dengan penuh teruja.
"Dia berkata alat yang penting yang dijumpainya
untuk melakukan keputusan besar dalam hidup adalah dengan mengingati
mati," jawab Hakim yang mengingati kata-kata yang terkenal dari Steve Job
sebelum kematiannya.
![]() |
"Mengingat-ingat bahwa aku akan mati adalah alat yang paling penting yang pernah aku jumpai untuk membantuku membuat keputusan besar dalam hidup." |
Steve
Jobs, 2005
"Wah, hebatnya Steve Job," balas Haikal dengan
penuh kagum.
"Tapi Rasulullah SAW sudah pesan kepada umatnya
terlebih dahulu. Baginda bersabda bahawa orang cerdik itu adalah orang yang
paling banyak mengingati kematian dan paling bagus persiapan dalam kehidupan
untuk menghadapi kematian," pintas Hakim dengan penuh bersemangat memetik
suatu hadis dari Rasulullah SAW.
Orang yang beriman dengan Islam itu merupakan orang yang
luas fikirannya. Ini kerana dalam salah satu rukun iman, kita diwajibkan untuk
beriman dengan hari akhirat. Keimanan kita terhadap hari akhirat itu yang menjadikan
pemikiran kita semakin bertambah luas berbanding orang yang tidak beriman
dengan hari akhirat. Lalu, setiap pekerjaan yang bermula dengan proses berfikir
yang menerpa jauh dari apa yang dilihat. Ini menjadikan kita sentiasa teliti
dalam melakukan sesuatu perkara.
Ibnu Umar berkata:
“Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang
kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah
antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik
akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin
yang paling cerdik?
“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian
antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang
cerdik,”
(Hadis
Riwayat Imam Ibnu Majah)
"Jom Haikal kita pulang ke bilik. Mentari sudah
menyinar," ajak Hakim menamatkan perbualan mereka pada pagi itu.
"Bersemangat rasanya nak mulakan hidup pada hari
ini," balas Haikal sambil bingkas bangun dari tempat duduknya.
"Alhamdulillah," balas Hakim sambil mengikuti
Haikal menuruni tangga dan berjalan pulang ke bilik.
No comments:
Post a Comment