Membaca Itu Amalan Muslim
Untuk entri
kali ini, saya akan membawa ulasan-ulasan mengenai buku-buku yang pernah saya
baca walaupun tidaklah semua berjaya dihabis. Nanti boleh memberi perhatian
terhadap buku-buku di bawah apabila pergi ke kedai buku dan pesta buku. Selamat
membaca :D
 |
La Tahzan (Jangan Bersedih)
karya Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni
Buku ini sememangnya agak
membuatkan saya kurang bersedih. Pengisiannya membuatkan kita akan berfikir
berulang-ulang kali keperluan untuk bersedih. Lebih berkonsepkan gaya santai
yang bersulamkan ayat-ayat al-Quran yang menenangkan jiwa bagi yang menghayatinya.
|
 |
Dua Wajah karya Dr. Syed
Husin Ali
Buku ini saya terjumpa
sewaktu membelek buku-buku di POPULAR. Ringkasnya yang dapat saya kata mengenai
buku ini adalah para pemuda sekarang akan berfikir banyak kali untuk mencaci
ahli politik. Ianya mengisahkan seorang ahli politik yang mana mendekam buat
sekian waktu di dalam tahanan ISA. Tetapi salah satu pengajaran yang saya ambil
daripada buku ini adalah, kepercayaan kepada Allah SWT akan membuatkan
kehidupan di dalam penjara itu menjadi lebih tabah.
|
 |
5 Tokoh Penggugat Zaman
karya Dato' Mahmood Zuhdi
Buku ini menceritakan
mengenai 5 orang tokoh ulama yang membawa pembaharuan pada zaman dahulu seperti
Ibnu Taimiyyah, Ibn Hazm, Al-Kawakibi, Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh
Muhammad Abduh. Hikmah perjuangan para ulama untuk membawa perubahan di dalam
umat Islam benar-benar membekas di hati dengan catatan sejarah mereka.
|
 |
Travelog Minda Tajdid karya
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.MAZA)
Antara banyak karya-karya
yang ditulis oleh Dr.MAZA, ini salah satu karya beliau yang mengjelaskan sisi
positif yang dapat kita pelajari daripada negara Barat. Dengan ulasan yang
penuh nilai ilmiah, sedikit-sebanyak pengajaran yang dapat memurnikan kembali
pandangan kita mengenai Barat untuk dicontohi dengan saringan nilai Islam.
|
 |
Rindu Bau Pohon Tin karya
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Buku ini merupakan travelog
sepanjang pengajian Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di Jordan. Banyak suka duka yang
dilalui oleh beliau dalam menuntut ilmu di negara Timur Tengah itu. Namun, apa
yang pasti, sesiapa yang membaca buku ini pasti akan dapat menjiwai sedikit
sebanyak apa yang dirasai dalam berhadapan dengan ujian-ujian tersebut.
|
 |
Budaya Ilmu : Satu
Penjelasan karya Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud
Bagi saya, sejelasnya, buku
ini akan membuatkan kita berfikir akan keperluan untuk mewujudkan budaya ilmu
dalam kehidupan kita sekarang kerana penulis berjaya menyedarkan pembaca akan
kepentingan budaya ilmu di dalam kehidupan. Disulam dengan catatan sejarah dari
sumber yang kukuh, kata-kata ulama muktabar, kisah pengajian para ilmuwan Islam
seperti Ibnu Sina dan juga kisah keilmuan tamadun Barat.
|
 |
Di Hamparan Shamrock Ku
Seru NamaMu karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Ini merupakan siri travelog
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil sewaktu bermastautin di United Kingdom dan Ireland.
Antara kisah yang membekas di dalam hati saya adalah coretan pengalamannya
sepanjang menjadi Imam di Belfast, Ireland. Tambahan pula, ketika itu peristiwa
pengeboman menara WTC di Amerika Syarikat pada 11 November baru sahaja terjadi.
|
 |
Secangkir Teh Pengubat
Letih karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Ini merupakan siri travelog
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil sewaktu berada di negara Turki. Banyak hikmah dan
pengajaran yang saya dapati dalam pengalaman beliau bermusafir di negara
warisan Kerajaan Uthmaniah itu. Saya benar-benar tersentuh dengan kata-kata
Sultan Abdul Hamid II sewaktu berada dalam pembuangan di Salonika, Greece yang
turut dimuatkan di dalam buku ini iaitu :
"Aku
yakin ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak
melakukannya sekalipun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan
menegakkan keadilan buatku."
|
 |
Diari Musafir : Jangan
Berhenti 'Berlari' karya Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Buku yang berkonsepkan
diari ini merupakan catatan perjalanan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman sewaktu
melanjutkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah di negara Eropah. Banyak
catatan yang boleh kita manfaatkan kerana sebahagiannya diulas dengan nilai
ilmiah.
|
 |
Ulama' Dalam Sorotan
Perjuangan Kemerdekaan karya Ustaz Riduan Mohd Nor dan Ustaz Fadhli Ghani
Jelas saya kata disini,
jika sesiapa yang membaca buku ini pasti akan dapat menjiwai kemerdekaan yang
dicapai sekarang. Mana tidaknya, di dalamnya dimuatkan pelbagai catatan sejarah
bersumberkan rujukan yang jelas akan perjuangan para ulama terdahulu sehingga
sewaktu mencapai kemerdekaan.
|
 |
Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
karya Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman
Sedar tak sedar saya sudah
membaca buku ini sebanyak 3 kali. Ianya benar-benar menyegarkan jiwa seorang
pemuda yang mencari ikon untuk terus bersemangat dalam menjalani kehidupan yang
penuh dengan cabaran. Ikon yang dimaksudkan adalah Sultan Muhammad II
(al-Fateh). Gelaran al-Fateh itu diberikan kerana Baginda berjaya menawan kubu
pertahanan kerajaan Byzantine iaitu Kota Konstantinopel.
|
 |
Himpunan Hadis Modal Insan
karya Dr. Zulkifli al-Bakri
Buku ini memuatkan banyak
hadis yang dapat menyedarkan kita akan nilai-nilai bagi berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk membawa diri kita ke arah kebaikan. Cerita-cerita
masyarakat Islam zaman dahulu juga turut dimuatkan, lalu ianya menjadi buku ini
lebih lazat dibaca dan difahami.
|
 |
Himpunan Hadis Modal Insan (Jilid
II) karya Dr. Zulkifli al-Bakri
Buku ini merupakan
sambungan bagi Jilid I.
|
 |
Al-Quran
Apa yang paling penting,
a-Quran jangan sekali-kali dilupakan dalam kesibukan membaca buku-buku di atas. Semoga terus membaca dengan istiqomah :D
|
Buku al-Fateh tu macam dah nak rabak je. :D
ReplyDeleteMemang dah nak rabak la, ana baca dah masuk 3 kali. Bawa ke hulu ke hilir :D
ReplyDelete