Comel Versi Maksiat VS Comel Versi Islamik
Hari ini saya ada melihat suatu status dari rakan
Facebook, Nurul Hazirah Khairi yang menyentuh mengenai pengertian kecomelan.
Statusnya menarik perhatian saya untuk menulis serba sedikit mengenai
kecomelan. Ini antara statusnya :
Orang perempuan terutamanya bujang.. selalu
menghadapi masalah yang diri sendiri tak sedar..Apa dia yer? Masalah ini timbul
apabila berhadapan dengan perkara-perkara comel seperti (bayi, kucing, lagi apa?
Fikir sendiri la yer) yang menyebabkan perempuan yang dikenali dengan sifat
tegas, serius terutama apabila berhadapan dengan lelaki berubah (tanpa sedar)menjadi
"comel" yg bleh mengugat iman seorang lelaki. Jadi, kena kawal ya...
Disebabkan
puas juga saya mencari maksud kecomelan melalui enjin carian Google, namun
masih belum jumpa pengertian comel yang saya rasakan bersifat autentik
(dipercayai). Lantas, membawa diri saya untuk mencari maksud comel di dalam Kamus
Dewan, Edisi Ketiga keluaran Dewan Pustaka dan Bahasa. Kamus tersebut
mendefinasikan maksud comel seperti berikut :
1. cantik
dan menarik (bukan kanak-kanak).
2. cantik
dan menarik serta kecil orangnya (bukan gadisnya dan wanita), kecil molek.
3. kecil
dan cantik (bukan benda, binatang) kecil dan cantik.
Kecomelan Yang Membawa Maksiat
Adegan 1
"Eh, comelnya gambar awak ni," komen si
lelaki.
"Makaseh...huk2,"
jawab si perempuan.
Adegan 2
"Comel betul awak ni ya. Tak sangka saya,"
komen si lelaki.
"Ish!
Mana adalah. Memandai jer. Huhuhu," balas si perempuan.
Jika
kita sedar, kita sebenarnya membahasakan sesuatu yang cantik dan menarik
perhatian itu dengan perkataan 'comel' sekadar hendak menyedapkan hati kita.
Strategi syaitan mahu menyedapkan hati tatkala anggota melakukan maksiat. Jelas,
perkataan comel itu tidak menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Islam seperti
gambar-gambar yang menaikkan nafsu, tak tutup aurat dan sewaktu dengannya.
Kecomelan Di Sisi Islam
Mudah sahaja kecomelan di sisi Islam iaitu kecomelan
yang tidak membawa ke arah kemaksiatan dan zina hati. Jadi jangan pening kepala
selepas ini dan berlaku jujurlah pada diri sendiri apabila ingin menggunakan
perkataan comel. Sebagai contoh :
"Eh..comelnya kucing ni. Hebatnya makhluk Allah SWT."
|
"Comelnya orang bertaubat. So sweet ...kembali
kepada Ilahi."
|
*"Kenapa tulis bab comel jer yang nampaknya tak
berapa penting ni?" detik hati sendirian. Tapi tidak berapa lama kemudian
hati yang updated menjawab, "Engkau teruskan menulis bab ini. Semoga
dengan usaha yang kecil ini dapat mengurangkan elemen yang menyumbang kepada
maksiat di dalam umat Islam dan membantu kemenangan perjuangan umat Islam di
Palestin."
ketidakpahamanlah keseluruhannya pon. keterangan diberi supaya bolehikannya untuk memahaminya pon?
ReplyDeletenice :)
ReplyDeleteIa sebenarnya salah satu strategi syaitan yang mahu menyedapkan hati manusia tatkala anggota badan melakukan maksiat tanpa disedari dengan menggunakan permainan bahasa.
ReplyDeleteItu comel dalam versi perempuan, comel versi lelaki?
ReplyDeleteterkadang lebih gedik dari itu. :)