Mengawal
Daya Fokus
Belajarlah untuk menjadi
seorang yang mempunyai daya fokus yang baik terhadap pekerjaan yang hendak
dilakukan. Daya fokus yang baik akan melahirkan daya hasil yang baik. Komitmen
yang pelbagai datang tidak mengenal masa. Maka disaat ini kemampuan diri untuk
menguruskan daya fokus akan teruji. Inilah ujian yang sering melanda diriku.
Menguruskan daya fokus untuk kekal istiqomah dalam sesuatu pekerjaan menjadi
begitu sukar dek kerana lintasan-lintasan komitmen yang pelbagai. Sekejap rasa
hendak menulis tajuk seni, sekejap hendak menulis tajuk politik. Berserabut
jadinya pekerjaan yang hendak disiapkan. Akhirnya, bertimbun-timbunlah
penulisan yang hanya disiapkan sekerat jalan.
Kadang-kadang apabila bermuhasabah pada diri ini sedalam
mungkin. Di mana kurangnya lagi usahaku untuk meningkatkan daya fokus dalam
sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan terutamanya dalam bidang penulisan yang
dipupuk sekarang. Buat seketika setelah lama merenung ke dalam diri, salah satu
faktor yang mempengaruhi daya fokus adalah ketidakstabilan emosi dalam diri.
Ya! Bila dilihat kembali sebelum ini, aku sering menulis mengikut keadaan
emosi. Idea-idea keluar selama mana mood aku berada di dalam tajuk yang hendak
dihuraikan. Benarlah juga dari suatu faktor yang menyokong kawalan emosi iaitu
ketenangan hati apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
Mungkin ini salah satu faktor kejayaan ilmuwan Islam
terdahulu adalah ketenangan hati. Mereka memperoleh ketenangan hati yang
berpanjangan dalam hidup mereka kerana hubungan kerohanian mereka dengan Allah
SWT begitu kuat sekali. Lantas, dengan hati yang tenang itu mereka dapat
memfokuskan sebaik mungkin kepada kajian-kajian mereka dan mengarang ratusan
buah kitab dalam pelbagai bidang keilmuan.
Solat dan Ketenangan Diri
Diri menjadi tidak tenang
apabila pelbagai perkara datang menghinggap di dalam fikiran dalam satu-satu
masa. Tangan hanya ada dua sahaja. Aku bukannya sotong kurita yang mempunyai
banyak tangan untuk melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu-satu masa. Sungguh!
Ketenangan diri sahaja yang dapat mengawal keadaan emosi daripada gelojoh
menerpa sesuatu pekerjaan yang hendak disiapkan.
Namun, apabila suatu ketika aku cuba untuk menjaga solat
fadhu dan solat sunat buat 10 hari, ketenangan di dalam diri sedikit banyak
meningkat lebih sedikit daripada sebelumnya. Pada saat itu barulah aku dapat
menulis dengan begitu tenang sekali dan idea mencurah-curah keluar bagaikan
mata air yang baru sahaja digali.
Ketenangan Diri dan Kualiti
Masa
Ini membuatkan aku teringat
beberapa orang rakanku dari Maktab Mahmud. Mereka tidaklah menghabiskan
sepanjang waktu untuk menghadap buku sahaja. Tetapi apabila, mereka sudah
menatap buku pelajaran maka banyak pula permasalahan yang dapat mereka
selesainya. Seterusnya, ini menyedarkan aku akan perbezaan kualiti masa dan
kuantiti masa.
Dalam banyak waktu, mereka begitu menjaga amal ibadah dan
amalan membaca al-Quran. Di suatu yang pula, waktu belajar mereka hanyalah
beberapa ketika sahaja. Mungkin ketenangan yang mereka dapat melalui amalan
sedemikian telah menghadirkan ketenangan di dalam diri mereka sehingga dapat
meningkat daya fokus mereka sewaktu mengulangkaji pelajaran.
Kualiti masa hanya dapat diraih dalam 24 jam apabila hati
seseorang itu menjadi tenang. Maka, di saat itu dia dapat memfokuskan dengan
sebaik mungkin terhadap satu-satu pekerjaan yang hendak disiapkan.
Formula Ketenangan Diri
Istiqomah
dalam beramal ibadah > Raih ketenangan hati > Daya fokus meningkat
Mungkin ini formula yang
dapat disimpul dalam masa terdekat agar dapat diamalkan dalam kehidupanku.
Semoga Allah SWT memberikanku kekuatan untuk istiqomah dalam beramal ibadah.
Ingat! Ketenangan itu hanya imbuhan di dunia sahaja. Apa yang paling penting
adalah kebersamaan kita dengan Allah SWT dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
boleh contohi as syahid syed qutb yg mampu fokus, bersandar dengan ketenangan hati dan pandangan illahi sehingga menghasilkan kitab, walaupun di balik geriji besi.
ReplyDeleteAllah SWT itu sebaik-baik tempat bergantung yang memberi ketenangan hati...tq ingatkan pasal as-syahid sayyid qutb.
ReplyDeletebtul2..solat itu sumberketenangan dan juga kekuatan rohaniah :)
ReplyDeletekata orang,kalau kita disiplin dalam melaksanakan solat isyaAllah urusan yang lain-lain juga menjadi mudah...Allahuakbar !besarnya pengaruh solat dalam kehidupan kita seharian :)
ReplyDeletesuka.. :)
ReplyDelete:D
ReplyDeletesyukran... somehow it answers my questions...