Wednesday 27 March 2013

Menghayati Pengertian Ikhlas Di Dalam Kehidupan


Menghayati Pengertian Ikhlas Di Dalam Kehidupan

Ada suatu perkara yang aku terfikir berkenaan ikhlas. Sehingga suatu malam persoalan ini pantas berlegar dalam fikiranku sehingga tidak boleh tidur dibuatnya, namun seperti kebiasaan aku hanya berkata kepada diriku, "Kalau persoalan ini baik maka Allah SWT akan ingatkan aku keesokkannya." Lagipun badan saya sudah terlalu penat untuk bangun daripada tempat tidur untuk menaip di dalam komputer.

            Bangun sahaja pagi 27 Mac 2013, saya mengambil peluang dalam kesegaran pagi ini untuk menulis kembali apa yang difikirkan pada malam semalam.

            Ikhlas itu sesuatu yang tidak mampu terucap dek kerana kemanisan dan kenikmatannya. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia tidak ikhlas. Ini kerana ikhlas itu adalah lambang kecintaan diri seseorang itu kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu perkara di dalam kehidupannya. Maka, ikhlas itu hanya dirinya dan Allah SWT lebih mengetahui dan merasai. Tidak mengucapkan ikhlas itu bagi menjaga keikhlasan di dalam diri tidak cukup untuk membuatkan keikhlasan di dalam diri terjaga. Akhirnya, jelas bahawa keikhlasan itu sesuatu yang kita tidak sedar dan ia sekadar membuatkan kehidupan kita lebih senang, bahagia, tenang dan lapang.

            Lantaran itu, dalam kesibukan meraih amal ibadah yang ikhlas di dalam kehidupan. Sedar tidak sedar, ianya boleh diumpamakan seperti mutiara yang tersimpan di dasar laut yang bergelora.

# Cukuplah untuk kamu tidak menjadi ikhlas selagi mana kamu merasakan diri kamu ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Ikhlas itu tidak perlu diucap untuk meraihnya.

2 comments:

  1. mudahkan jangan susahkan (orang sekeliling) harus selari dengan keikhlasan.

    kadang kita terlupa mengikhlaskan perbuatan kita, sehingga satu tahap kita merungut perbuatan kita tak berbalas.

    ReplyDelete
  2. ikhlas boleh digambarkan seperti seekor semut hitam,yang berjalan di tengah2 batu hitam pada waktu malm yang gelap

    ReplyDelete