Monday 5 November 2012

Taekwando dan Aurat


Taekwando dan Aurat

       "Saya pandai taekwondo, jadi perlu ke lagi saya menutup aurat?" soal Fina.

       "Kenapa awak berkata begitu?" soal Mysarra dengan penuh kehairanan.

      "Yelah. Kan wanita Islam menutup aurat perlu menutup aurat untuk mengelakkan ancaman daripada orang lelaki apabila memandang tubuh badan kita. Jadi perlu ke aku nak tutup aurat kalau dah pandai taekwando. Apa nak takut, nanti kalau ada lelaki yang nak ganggu, senang je aku nak melawan balik," terang Fina dengan penuh keyakinan.

       
Mysarra berfikir dengan mendalam sambil merenung wajah Fina yang begitu terserlah keyakinannya dengan hujah itu. Kalau diikutkan hati Mysarra, mahu sahaja dijawab, "Kalau engkau boleh mengelak ancaman daripada lelaki tetapi mampu ke taekwando engkau tu nak melawan api neraka yang begitu dahsyat di neraka kerana engkau melanggar perintah Allah kelak?" Tetapi melihat kembali tahap iman Fina dengan ucapannya itu, hujah itu tidak begitu kuat untuk digunakan bagi menjawab soalannya itu.

     "Allah SWT perintahkan kepada Muslim untuk menutup auratnya bukannya semata-mata untuk menghalang lelaki daripada mengganggu wanita tetapi ianya adalah untuk mengelakkan daripada menimbulkan keinginan-keinginan yang jahat dalam hati mereka. Hati mereka yang melahirkan perbuatan sama ada baik ataupun buruk. Pada masa yang sama, perempuan yang menutup aurat ini akan meningkat rasa hormat lelaki terhadap diri mereka," ujar Mysarra apabila mengingati kembali apa yang disebut di dalam Surah Al-Ahzaab mengenai aurat.

        "Tapi aku tengok ada sahaja perempuan yang menutup aurat dengan sempurna kena rogol. Jadi nampaknya dengan menutup aurat itu tidak dapat menyelamatkan wanita daripada ancaman nafsu serakah lelaki," pintas Fina dengan penuh nada yang sinis. Terpapar tebal jawapan yang ingin dijawabnya itu pada riak wajah yang ditunjuknya.


     "Itulah yang akan berlaku jika kebanyakkan majoriti daripada masyarakat kita yang tidak menutup aurat apabila keluar di hadapan orang ramai. Kesannya, wanita yang menutup juga yang menjadi mangsa apabila nafsu lelaki sudah dirangsang oleh terlalu ramai wanita yang tidak menutup aurat. Tetapi perlulah diingat, hanya sedikit sahaja perempuan yang menutup aurat dirogol berbanding perempuan yang tidak menutup aurat. Cuba awak lihat jenayah rogol yang berlaku di Amerika Syarikat begitu tinggi kerana para wanitanya yang berpakaian seksi," terang Mysarra dengan penuh keyakinan.

          Fina hanya mampu diam membisu. Barangkali dia sudah kehabisan alasan yang hendak diberikan.

*Nama-nama yang digunakan di dalam cerita ini bukanlah nama sebenar di alam realiti. Semoga bermanfaat untuk rakan-rakan semua.

Tutuplah aurat dengan sempurna, nescaya segala ancaman yang berpunca daripada hati tidak akan dizahirkan pada perbuatan.





4 comments:

  1. Crita yg menarik ye...
    Setiap ibadah atau setiap suruhan yg dilakukanadalah krana AllahItuah ibadah yg dterima
    Jika mnutup aurat krana ingin elak drogol... maka kita akn terhindar dari drogol tapi belum tentu kta mendapat keredaannya jika tidak dniatkn sbgai ibadah kpdnya...
    Krana selain agama islam pon menganjur umat masing2 menutup aurat

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas ulasan yang membina...

    ReplyDelete
  3. saya pun pandai taekwando ^_^ sikit2

    ReplyDelete
  4. saya pandai silat...tapi itu tidak bermakna kita selamat....seni mempertahankan diri bagi wanita yang mempelajarinya hanya tidak lain sekadar kita mampu meloloskan diri sebentar dari pihak lelaki yang rakus.
    Namun, kudrat yang diberi Ilahi tidak memungkinkan kita bertahan seperti kaum lelaki bergaduh sesama mereka.
    Jika sudah mampu meloloskan diri, strategi kedua adalah 'cabut lari' dan mendapatkan perlindungan dari pihak lain.

    Kerana apa? Kerana kita wanita tidak akan mampu melawan kudrat lelaki. Walaupun anda tali pinggang hitam taekwondo mahupun silat sekalipun.

    anyway kepada author, a good story here.

    ReplyDelete