Wednesday 8 May 2013

Teguran Syeikh Bediuzzaman Said Nursi Buat Istana Yildiz


Teguran Syeikh Bediuzzaman Said Nursi Buat Istana Yildiz


Istana Yildiz yang bermaksud "Istana Bintang", telah dibina pada tahun 1880 dan telah digunakan oleh Sultan Abdul Hamid II. Kawasan istana pada asalnya dibina di hutan semula jadi yang menjadi harta pusaka empayar semasa pemerintahan Sultan Ahmed I (1603-1617). Sultan yang berikutnya bercuti di kawasan ini dan Sultan Abdul Majid I dan Sultan Abdul Aziz membina rumah-rumah di kawasan ini.

            Dalam abad ke-19, Sultan Abdul Hamid II meninggalkan Dolmabahçe kerana dia khuatir akan serangan tepi pantai di istana yang terletak di pantai Selat Bosporus. Beliau memperluaskan Istana Yildiz dan mengarahkan arkitek terkenal Itali, Raimondo D'Aronco untuk membina bangunan baru kompleks istana. Apabila beliau berpindah ke situ, istana ini menjadi penempatan ke-4 kerajaan Uthmaniyyah yang mana sebelumnya adalah Saray Eski (Istana Lama) di Edirne, Istana Topkapi dan Istana Dolmabahçe di Istanbul.

Berkenaan dengan Istana Yildiz[1], Nursi menegur dengan katanya:


Jadikanlah Istana Yildiz, bintang yang malap itu sebagai sebuah institusi ilmu supaya kedudukannya terangkat semula seperti buruj (Thurayya), dan tempatkanlah di dalamnya Ahli-ahli Hakikat dan Malaikat Rahmat sebagai ganti kepada golongan yang suka berhibur (al-Suwwah) dan Malaikat Zabaniyyah supaya ia menjadi tempat yang membahagiakan seperti syurga. Kembalikanlah kepada umat ini sebagaimana ia menghadiahkan kepadamu (pihak istana) perhiasan-perhiasan (kekayaan) di dalam istana tersebut, dengan membelanjakannya bagi tujuan mendirikan institusi-institusi agama. Dengannya dapat dihapuskan kejahilan yang menjadi barah kepada umat ini. Teguhkan kepercayaanmu dengan memelihara maruah umat dan menyayanginya. Ia adalah tanggungjawab bagi orang yang memikul amanat pemerintahan negara seperti kamu. Tinggalkanlah dunia sebelum ia meninggalkan kamu. Dan pergunakanlah umur (kehidupan) ini untuk umur yang akan datang kerana selepas umur ini hanya akhirat yang menjadi harapan.[2]




[1] Istana Yildiz ialah sebuah istana yang dibina oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Istana ini juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan ketika itu. Lihat Tom Brosnahan & Pat Yale, Turkey, Lonely Planet Publication, Paris, 1999, hlm. 208.
[2] Al-Nursi, Sirah Zatiyyah, hlm. 79-80; al-Nursi, Sayqal al-Islam, hlm. 451.

No comments:

Post a Comment