Harapan
Yang Berbaloi
"Enta yakin tak?" soalnya berulang kali dengan
penuh bersemangat. Itulah soalan yang diucapkan oleh naqibku sehingga menjadi
zikir setiap kali ingin mendorong melakukan sesuatu perkara.
Kini aku mula memikirkan kembali apa yang sering
diucapkannya buat diriku. Banyak perkara sebenarnya boleh dihuraikan jika
difikirkan sedalam mungkin.
Manusia itu makhluk kepercayaan. Manusia bergerak di atas
kepercayaan mereka. Kalau disoroti kembali perjalanan sejarah manusia. Banyak
binaan yang berdiri menegak ke langit adalah berdasarkan kepada kepercayaan
yang mereka pegang. Piramid di Mesir berdiri dek kerana kepercayaan mereka yang
meyakini kebangkitan ruh di suatu alam sunyi. Masjid-masjid berdiri dek kerana
kepercayaan umat Islam untuk beribadah kepada Allah SWT. Gereja Notredame di
Perancis berdiri dek kerana kepercayaan masyarakatnya terhadap Gereja Katolik. Begitulah juga dengan diri kita yang mahu membina sesebuah kejayaan di dalam
kehidupan; kepercayaan dan keyakinan mesti dicas dari masa ke semasa dengan
seribu satu macam dorongan yang membina dan mengukuhkan kepercayaan yang sedia
ada agar menjadi suatu keyakinan yang tidak boleh digugat dengan cabaran
semasa.
Berbaloi rasanya menaruh harapan bagi seseorang yang
mempunyai semangat ingin belajar, semangat ingin tahu (inkuiri), semangat mahu
berubah ke arah kebaikan dan seumpamanya. Ini kerana kita yang menaruh harapan
ini yakin bahawa dengan sifat-sifat yang demikian akan membuat harapan-harapan
yang sedemikian dapat direalisasikan. Tambahan pula, harapan yang disandarkan
itu boleh dikatakan hanya sekadar sentuhan motivasi ataupun suntikan semangat
untuk si pemilik tubuh itu merealisasikan harapan yang disandarkan itu. Kurang
sekali dirasakan sebagai suatu kerugian untuk memberikan harapan bagi seseorang
yang punya ciri-ciri yang sedemikian rupa. Maksudnya saya cuba gambarkan dalam
suatu perumpamaan;
"Seandainya
hati berkehendakkan mendaki Gunung Everest, mudah saja untuk didaki Gunung
Kinabalu. Tetapi kalau sekadar berkehendakkan mendaki Gunung Kinabalu, maka
diri hanya sekadar mampu mendaki Gunung Jerai."
Mungkin disisi orang lain mereka melihat diri yang
berpegang dengan konsep ini seperti seorang yang terburu-buru dan tidak
berpijak di atas bumi yang nyata. Namun, buat diri yang berpegang kepada konsep
ini, ianya hanya sekadar pembakar semangat untuk menggerakkan anggota tubuh
untuk terus bekerja dengan penuh bersemangat. Jauh sekali untuk bersikap
melampau. Tetapi ianya mungkin dilihat melampau dek kerana ianya melampaui adat
gerak kerja yang sedia ada, sedangkan melampau yang dilarang Islam adalah sikap
melampau yang melanggar syariat. Kesimpulannya, bersikaplah 'melampau' asalkan
berada dalam ruang lingkup syariat.
Enta yakin tak??? - tagline hamim
ReplyDeletetp harapan tnpa usaha sia2..
ReplyDeleteso kena ada usha mengiringi
keyakinan yang membawa kearah kejayaan...
ReplyDeletebut must be remember is KEYAKINAN UTAMA adalah KEYAKINAN PADA YANG MAHA ESA.......
nescaya BANTUAN akn sntiasa mengiringi IN SHAA ALLAH....