Friday 9 November 2012

Kita Menangis Kerana Apa?


Kita Menangis Kerana Apa?

                "Oh Mat, pasal apa ko menangis ni?"

                "Awek aku dah minta putus la," jawab Mat dengan nada yang sayu.

                "Sudahlah tu Mat. Buruk betul bila lelaki menangis," jawabku sambil memujuk.

                Setiap orang pasti pernah menangis dalam kehidupan mereka. Sedikit sebanyak dengan menangis mereka akan merasa satu kelegaan dan ketenangan di dalam diri kerana dapat meredakan sebak di dalam hati.


                Persoalannya, apakah yang menyebabkan kita menangis? Jika memikirkan kembali soalan ini, ia dapat menjadi satu usaha muhasabah diri bagi mengetahui dimanakah tahap keimanan di dalam diri kita. Mana tidaknya, ada yang menangis kerana tidak dibenarkan oleh ibu bapa mereka pergi ke konsert dan ada yang menangis kerana berpisah dengan kekasih mereka.

                Apabila saya membaca salah satu bahagian di dalam sebuah buku yang bertajuk Detik-detik Hidupku karangan Imam Hasan al-Banna. Di dalam buku tersebut menyatakan bahawa Imam Hasan al-Banna menangis kerana pada waktu itu beliau perlu memberikan ceramah di  Pusat Ikhwanul Muslimin di Perlabuhan Sa'id sedangkan dia sedang sakit . Beliau menahan kesakitan itu untuk bertekad meneruskan ceramah sehingga menangis. Itulah tangisan pejuang Islam yang melambangkan tahap keimanannya dalam memperjuangkan Islam.

Imam Hasan al-Banna  merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin

                Seperkara lagi, para ulama dahulu seringkali menangis kerana merasa begitu takut kepada Allah dalam solat mereka. Dan itu menjadikan mereka sentiasa merasa tenang. Sungguh berbeza sekali dengan masyarakat sekarang yang banyak menangis kerana tidak mendapat dunia yang mereka idam-idamkan ketika akhirat sedang menjauhi mereka.

                Banyak perkara yang boleh kita renungkan kembali apabila kita menangis. Begitu hebat sekali tangisan yang Allah berikan kepada kita bagi dijadikan indikator atau kayu pengukur bagi tahap keimanan yang ada dalam diri kita.

Menangislah selagi mana apa yang kita tangisi itu dapat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.


No comments:

Post a Comment