Friday 16 November 2012

Comel Versi Maksiat VS Comel Versi Islamik



Comel Versi Maksiat VS Comel Versi Islamik

Hari ini saya ada melihat suatu status dari rakan Facebook, Nurul Hazirah Khairi yang menyentuh mengenai pengertian kecomelan. Statusnya menarik perhatian saya untuk menulis serba sedikit mengenai kecomelan. Ini antara statusnya :

Orang perempuan terutamanya bujang.. selalu menghadapi masalah yang diri sendiri tak sedar..Apa dia yer? Masalah ini timbul apabila berhadapan dengan perkara-perkara comel seperti (bayi, kucing, lagi apa? Fikir sendiri la yer) yang menyebabkan perempuan yang dikenali dengan sifat tegas, serius terutama apabila berhadapan dengan lelaki berubah (tanpa sedar)menjadi "comel" yg bleh mengugat iman seorang lelaki. Jadi, kena kawal ya...

            Disebabkan puas juga saya mencari maksud kecomelan melalui enjin carian Google, namun masih belum jumpa pengertian comel yang saya rasakan bersifat autentik (dipercayai). Lantas, membawa diri saya untuk mencari maksud comel di dalam Kamus Dewan, Edisi Ketiga keluaran Dewan Pustaka dan Bahasa. Kamus tersebut mendefinasikan maksud comel seperti berikut :

1.     cantik dan menarik (bukan kanak-kanak).
2.     cantik dan menarik serta kecil orangnya (bukan gadisnya dan wanita), kecil molek.
3.     kecil dan cantik (bukan benda, binatang) kecil dan cantik.

Kecomelan Yang Membawa Maksiat

Adegan 1        
"Eh, comelnya gambar awak ni," komen si lelaki.
            "Makaseh...huk2," jawab si perempuan.

Adegan 2
"Comel betul awak ni ya. Tak sangka saya," komen si lelaki.
            "Ish! Mana adalah. Memandai jer. Huhuhu," balas si perempuan.

            Jika kita sedar, kita sebenarnya membahasakan sesuatu yang cantik dan menarik perhatian itu dengan perkataan 'comel' sekadar hendak menyedapkan hati kita. Strategi syaitan mahu menyedapkan hati tatkala anggota melakukan maksiat. Jelas, perkataan comel itu tidak menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Islam seperti gambar-gambar yang menaikkan nafsu, tak tutup aurat dan sewaktu dengannya.

Kecomelan Di Sisi Islam

Mudah sahaja kecomelan di sisi Islam iaitu kecomelan yang tidak membawa ke arah kemaksiatan dan zina hati. Jadi jangan pening kepala selepas ini dan berlaku jujurlah pada diri sendiri apabila ingin menggunakan perkataan comel. Sebagai contoh :


"Eh..comelnya kucing ni. Hebatnya makhluk Allah SWT."



"Comelnya orang bertaubat. So sweet ...kembali kepada Ilahi."

*"Kenapa tulis bab comel jer yang nampaknya tak berapa penting ni?" detik hati sendirian. Tapi tidak berapa lama kemudian hati yang updated menjawab, "Engkau teruskan menulis bab ini. Semoga dengan usaha yang kecil ini dapat mengurangkan elemen yang menyumbang kepada maksiat di dalam umat Islam dan membantu kemenangan perjuangan umat Islam di Palestin."

4 comments:

  1. ketidakpahamanlah keseluruhannya pon. keterangan diberi supaya bolehikannya untuk memahaminya pon?

    ReplyDelete
  2. Ia sebenarnya salah satu strategi syaitan yang mahu menyedapkan hati manusia tatkala anggota badan melakukan maksiat tanpa disedari dengan menggunakan permainan bahasa.

    ReplyDelete
  3. Itu comel dalam versi perempuan, comel versi lelaki?

    terkadang lebih gedik dari itu. :)

    ReplyDelete