Thursday 8 November 2012

Dakwah dan Kucing


Dakwah dan Kucing

Ramai juga rakan-rakan saya di Facebook sering menyiarkan gambar-gambar kucing yang bermuka comel dan beraksi yang melucukan. Tetapi sebahagian besarnya menyedarkan juga diri ini apabila memerhatikan haiwan ciptaan Allah SWT yang sungguh comel ini dengan pandangan yang penuh berhikmah.



Gambar ini merupakan salah satu daripada ribuan gambar yang benar-benar membekas di dalam hati saya sehingga tergerak untuk menulis artikel ringkas ini.



               Banyak juga yang menggunakan kucing sebagai subjek bagi menegur manusia akan kecurangan mereka terhadap perintah Allah SWT seperti permasalahan couple, menutup aurat, kezaliman dan pelbagai lagi yang begitu kreatif sekali.

                Namun ada satu perkara yang membuatkan gambar-gambar kucing yang berisi nasihat itu disiarkan dengan meluas iaitu semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai di dalam laman sosial Facebook dan mencuit hati mereka untuk menyedari kecurangan yang ramai manusia sudah lakukan kepada Allah SWT.

                Sampai satu waktu, kucing perlu digunakan untuk menegur manusia bagi menghancurkan keegoan yang bersarang dalam diri dan menimbulkan kesedaran untuk berubah dalam diri mereka. Sedikit sebanyak apabila digunakan kucing sebagai subjek dakwah pasti dalam hati mereka akan terdetik, 

"Teruk betul aku jika hendak dibandingkan dengan haiwan seperti kucing seandainya mengingkari perintah Allah."

*Kecomelan kucing itu sangat berguna untuk tujuan dakwah :D

1 comment:

  1. Aha,dengan cara ni kita tidak mudah tersinggung dengan kata2 nasihat dengan menggunakan gambar kucing sebagai penyampai..:)

    ReplyDelete