Kesibukkan
Yang Menyelamatkan Diri
Aku lebih suka melihat
kehidupan sahabatku yang sudah bergelar pemimpin pelajar. Setiap hari dia asyik
sibuk sahaja dengan pelbagai tugas dan sering sahaja bergelut untuk menguruskan
pelajarannya lagi.
“Sombonglah dia tu. Mentang-mentanglah dah jadi pemimpin pelajar,” kata seorang
pelajar kepada rakannya sambil mencebik bibirnya.
“Biasalah bila orang dah ada kuasa,” balas rakannya.
Aku hanya mampu duduk mendengar dari arah belakang sambil menghirup air milo di
dewan makan yang luas itu. Kehidupan sahabatku saban hari menjadi buat mulut
orang yang jarang sekali memahami apa yang diperkatakan mereka.
Di suatu sudut lain di dalam dewan makan itu, aku terlihat sepasang kekasih
sedang asyik bercengkerama. Bukan main seronok lagi mereka berdua berkasih
sayang sehingga tidak mempedulikan orang disekeliling yang sejak tadi
memerhatikan mereka berdua.
Sebahagian pelajar tidak mahu sibuk berpersatuan kerana takut pelajaran
tergugat tetapi sanggup terjun dalam kesibukan ber’couple’ yang bakal melemaskan hubungan
mereka Tuhan dan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Paling merugikan, hubungan
mereka dengan Tuhan makin terhakis.
Untunglah dari suatu sudut bagi sahabatku itu, kesibukannya sedikit sebanyak
menyelamatkan dirinya daripada melakukan perkara maksiat. Ke sana ke mari
berusaha memenuhi tanggungjawab yang telah ditugaskan. Moga terus istiqamah dan
selamat dari tsunami maksiat hati dan anggota badan. Teruslah bersemangat
menunaikan tanggungjawab sahabatku.
*Semoga rakan-rakan yang terlibat dengan tanggungjawab persatuan dapat melihat dengan positif tugas yang diterima. Banyak hikmahnya....
~kesibukkan diri kita dijalan yg benar xkan pernah rugi...banyak ganjaran nya...apa yg boleh dibanggakan mendidik kita utk terus dekatkan diri pada yg MAHA ESA...:)
ReplyDelete.....nice blog....
''jika kita tidak sibuk dengan perkara yang haq,nescaya kita akan sibuk dengan perkara yang batil''
ReplyDelete