Palestin Itu Muhasabah Buat
Umat Islam
![]() |
Asy-Syahid Ahmad Al-Ja'bary, Ketua Umum Bridged Izzudin Al-Qassam |
Lalu, respon yang diberikan oleh masyarakat Facebook
wujud dalam beraneka ragam. Antara seperti :
1.
Share dengan
sebanyak mungkin gambar-gambar yang berkaitan dengan kezaliman yang dilakukan
oleh rejim Zionis kepada penduduk Palestin.
2.
Ada juga yang
menukarkan gambar profil mereka dengan gambar Care for Gaza, For Gaza dan
sebagainya. Ini untuk menunjukkan solidariti pengguna Facebook terhadap apa
yang berlaku dengan penduduk Palestin.
3.
Ada juga yang sumpah
seranah dengan kekejaman rejim Zionis yang sepertinya tidak putus-putus
melakukan kezaliman yang terhadap penduduk Palestin.
4.
Status-status yang
menzahirkan perasaan sedih dan kecewa di dalam diri mereka mula memenuhi wall
Facebook.
Itulah antara respon yang boleh saya lihat dalam waktu
yang terdekat. Masing-masing menunjukkan keprihatinan mereka dengan cara yang
tersendiri. Itu adalah cara yang biasa saya lihat sewaktu berlakunya kezaliman
di Rohingya, Syria, Afganistan dan Palestin.
Semua ini akan menimbulkan kesedihan, kekecewaan,
kekesalan dan pelbagai lagi perasaan yang kurang senang bergelumang di dalam
diri kita. Namun begitu, persoalannya sekarang, kepada siapa harus kita kembali
selepas semua perkara ini terjadi? Sudah tentu ramai yang menjawab kita akan
kembali kepada Allah SWT. Tidak dinafikan, inilah jawapan yang paling tepat!
Padat! Ampuh!
Akan tetapi, apakah kita mahu kembali kepada Allah SWT
dengan album Facebook kita masih lagi dipenuhi dengan gambar-gambar kita yang
membalut aurat, beraksi panas di depan lensa kamera dan link-link
hiburan yang sudah sampai tahap melampau? Ini harus direnungkan sedalam-dalamnya
untuk kembali kepada Allah SWT selepas kita pasrah dengan keadaan yang menimpa saudara
Islam kita di Palestin.
Ini yang mesti dibersihkan terlebih dahulu dari laman
Facebook milik kita jika benar-benar memohon pertolongan daripada Allah SWT. Ini
bukan sindiran atau kritikan, tetapi sekadar muhasabah di saat kita
membuak-buak semangat bercakap isu Palestin. Kita mampu mengubahnya. Mulakan
dengan klik tetikus untuk membuang bahan-bahan yang berunsur maksiat dari laman
Facebook kita.
Elok kiranya kita merenung
kembali surat Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqas :
Aku memerintahkan
kepadamu dan mereka yang bersama-sama mu (tentera Islam) supaya menjauhkan diri
daripada maksiat. Kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera
Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang
Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. disebabkan oleh
kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya
tidak ada lagi orang Islam pada kekuatannya.
Bilangan tentera
kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak
sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka, jika amalan maksiat dan tabiat kita
sama dengan pihak musuh, nescaya kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak
mereka.
terima kasih..terkesan sangat,terutama dengan isi surat last tu..mungkin boleh sama2 bermuhasabah..
ReplyDeletehttp://cuitbahucubitkalbu.blogspot.com/2012/11/gaza-memuhasabah-kita.html
dakwah anda memang selalu makan dalam hati ..lagi2 ayat link-link hiburan dan gambar beraneka yg tdk menutu aurat..insyaallah..teguran yg bermanfaat utk saya dn rakan2..
ReplyDeletememang makan dalam....:)
ReplyDelete