Friday 21 June 2013

AKU, MANUSIA DAN FACEBOOK

AKU, MANUSIA DAN FACEBOOK
Perlu dibezakan dengan baik orang yang meluahkan perasaan di Facebook. Orang meluahkan perasaan di Facebook sangat banyak. Apakah kita perlu menebalkan lagi masalah mereka dengan mengatakan mereka itu bermasalah dengan sekadar meluahkan masalah di Facebook?

"Huh! Asyik luahkan di Facebook sahaja masalah. Dia fikir Facebook boleh menyelesaikannya?Apa nak jadi orang sekarang," ucap seorang pengguna Facebook sewaktu melihat orang meluahkan perasaan di Facebook. Bayangkan kalau ada 100,000 orang sebegini? Punah masyarakat kita.

"Ouh. Dia luahkan masalah di Facebook. Baik aku dekatinya dan cuba cadangkan penyelesaian yang sewajarnya," fikir seorang pengguna Facebook apabila melihat ada orang meluahkan masalah. Bayangkan pula apa yang akan jadi kalau ada 100,000 orang sebegini? Aman sentosa dan masalah boleh diselesaikan dalam masyarakat kita.

Tidak semua yang melihat Facebook itu sebagai matlamat untuk selesaikan masalah. Ada sahaja yang melihat Facebook sebagai alat untuk menghubungkan dengan orang dan juga pakar-pakar sakit otak untuk merawat otak mereka.


# Karikatur dibawah jika difahami dalam konteks yang salah, bencana jadinya buat masyarakat yang hidup pada zaman teknologi canggih ini....



No comments:

Post a Comment