Saturday 22 June 2013

RESPON ORANG RAMAI TERHADAP NAMA DAKWAH MAKAN DALAM

RESPON ORANG RAMAI TERHADAP NAMA DAKWAH MAKAN DALAM

Sejak menggunakan nama Dakwah Makan Dalam sebagai nama blog sulung saya, namanya sering digunakan oleh rakan-rakan dan menimbulkan pelbagai macam respon yang pada awalnya pelik. Dari perasaan pelik itulah yang membawa kepada keinginan mereka untuk tahu, bertanya dan berfikir akan maknanya. Antara respon dalam bentuk perkataan yang saya dapat adalah seperti berikut;

"Ouh. Dakwah Makan Dalam ea? Bukan gunting dalam lipatan ya? Hehe," usik pensyarah saya sewaktu saya meyakinkannya untuk dijadikan blog saya sebagai projek akhir bagi pengajian diploma grafik saya.

"Ouh. Sungguh makan dalam. Betul tak Hafizan?" respon rakan-rakan saya yang suka mengusik sewaktu menjalankan mensyuarat persatuan.

Ada juga yang mencadangkan nama Dakwah Makan Kambing (mungkin peminat kambing golek) dan tidak kurang juga yang tersangka nama Dakwah Makan Malam (mungkin seringkali teringat makan malam sahaja).

Apa-apapun respon yang diberikan, niat asal saya bukannya mahu menggunakan nama yang kedengaran pelik untuk menarik perhatian semata-mata, namun saya menggunakan nama itu untuk menggambar perasaan saya terhadap dakwah itu sendiri dan usaha yang saya fikirkan untuk menyuburkannya dalam menyampaikan kefahaman Islam.

Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment