Wednesday 19 June 2013

Alat dan Matlamat

Alat dan Matlamat


Hidup ini suatu perjalanan,
Masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan,
Untuk mencapainya alat diperlukan,
Mekanisme, pendekatan, jalan dan sebagainya,
Namun, sering sahaja alat dilihat sebagai matlamat,
Manakala, matlamat dilihat sebagai alat,
Lantas, kepincangan bersulam dengan kehidupan,
Kehampaan, kebuntuan dan kekecewaan menjadi teman rapat,
Lantaran itu, muhasabah diperlukan,
Agar langkah yang disusun tidak terlanjur,
Agar matlamat dilihat sebagai matlamat,
Agar alat dilihat sebagai alat,
Natijahnya, aturan hidup menjadi tenang dan harmoni,
Istiqomahlah dalam muhasabah kalian,
Moga Allah SWT redha akannya.

No comments:

Post a Comment