Sunday 23 June 2013

Cinta Islami Kaya Keunikan

Cinta Islami Kaya Keunikan

Setiap insan menginginkan hubungan yang penuh dengan keistimewaan berbanding orang lain. Perbezaan dari cara pandang mereka terhadap maksud keistimewaan itu akan membentuk kepelbagaian corak perhubungan. Namun, sebagai Muslim seharusnya kita memandang erti keistimewaan dari kaca mata Islam.

            Sekarang cuba kita lihat kembali realiti masyarakat zaman, sesuatu keistimewaan itu akan terbentuk apabila ianya berlainan dengan penampilan orang ramai. Orang ramai apabila bercinta mereka berusaha menzahirkan keistimewaan dalam hubungan cinta dengan melakukan pelbagai macam perkara yang pelik seperti memberika jambangan bunga daei spesies bunyai tercantik dan terwangi, melangsungkan perkahwinan di dalam laut, terjun dengan payung terjun dari udara, menghadiahkan kereta yang dihiasi dengan pelbagi macam hiasan dan seumpamanya. Namun, apa yang hendak dicapai disebalik semua itu adalah keistimewaan di dalam hubungan cinta.


            Sebagai Muslim pula, kita menzahirkan keistimewaan didalam sesebuah hubungan percintaan dengan menzahirkan pelbagai jenis usaha yang diredhai Allah SWT seperti menjaga ikhtilat di antara pasangan, berusah untuk menambah ilmu pengetahuan agar anak isteri terdidik dengan penuh suasana ilmiah, berusaha berjumpa dengan keluarga pasangan bagi berbincang perancangan hidup dan seumpamanya.Baiklah! Sekarang cuba renungkan kembali, berapa banyak pasangan yang ada melakukan perkara-perkara tersebut apabila mereka menyukai seseorang.

·         Pelik benar dengan realiti sekarang seandainya suka kita kepada seseorang itu telah menggerakkan diri kita untuk berusaha menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh.

·         Pelik benar dengan realiti sekarang seandainya suka kita kepada seseorng itu telah membuatkan kita semakin menjaga hubungan denganya. SMS pula tidaklah sampai 24 jam. Paling banyak pun beberapa kali sahaja sebulan, tidaklah sampai hendak tercabut jari-jemari untuk menekan papan kekunci komputer untuk berbalas mesej dengannya di laman sosial.

·         Pelik benar dengan realiti sekarang bagi yang mahu berjumpa dengan emak ayah pasangan yang disukai untuk menyatakan hasratnya untuk merancang pernikahan dengan anak mereka.

            Semua siri kepelikan ini sebenarnya sudah menjelmakan suatu keistimewaan yang memahat sejarah dalam hubungan percintaan sesuatu pasangan itu. Ke manakah sejarah ini akan berlanjutan? Banyak sebenarnya manfaat daripada sejarah ini yang akan berguna kepada generasi yang akan datang.

            Cuba fikirkan dan renungkan kembali, sejarah apa yang hendak dikongsikan dengan anak- anak kita kelak apabila mereka sudah besar? Sudah tentu persoalan-persoalan mengenai cinta akan tercetus dalam benak fikiran mereka dan akan menyoal kita kelak.

            Apakah ingin kita ceritakan kepada mereka dengan jawapan-jawapan yang sedemikian :

            "Ayah dan emak dulu mesej 24 jam sampai tak tidur,"ucap si ayah.

            "Emak dan ayah dulu tak jaga ikhtilat ke?" balas si anak.

            "Ayah dan emak dulu ber'dating' dekat taman tasik itulah. Dibawah pokok ketapang itulah yang menjadi saksi hubungan cinta kami berdua," ucap si ayah sewaktu berjalan di taman tasik.

            "Hubungan cinta sepatutnya bersaksikan Allah SWT bukannya bersaksikan pokok ketapang. Kalau bersaksikan sesuatu selain daripada Allah SWT itulah yang menyebabkan hubungan kekasih yang melahirkan anak luar nikah," jawab si anak dengan penuh kritis.

            Mungkin si anak kelas tidak menjawabnya secara lisan, tetapi didalam hati merka membuak-buak jawapan yang pelbagai dan sama sekali bercanggah dengan emak ayah dahulu banggakan. Jika disenyapkan sejarah bungan percintaan kita kelak, nanti jadilah suatu misteri buat anak-anak kita kelak. Seperkara lagi, sudah tentu kita tidak mahu menipu mereka dengan mereka cerita hubungan percintaan Islamik sedangkan sebenarnya penuh terpalit dengan maksiat yang menyesalkan sepanjang hidup.


            Oleh sebab itu, luruskan hubungan percintaan berpandukan kepada akidah Islamiyyah yang akan menzahirkan tindakan-tindakan yang yang diredhai Ilahi supaya kelak dapat mengukir coretan sejarah untuk dibanggakan dengan anak-anak kita kelak.

No comments:

Post a Comment