Krisis Identiti Siri Pertama
: Usia Muda dan Suka Berhibur
"Biasalah orang muda,
mereka memang suka berhibur," ucap seorang tua berkenaan anak muda yang
dilihatnya disamping mengenangkan kembali zaman mudanya. Orang tua tersebut
boleh dikatakan sebagai bermasalah apabila mengidentitikan usia muda dengan
sifat suka berhibur (hiburan yang melampau).
Mengidentitikan usia muda dengan imej suka berhibur
merupakan suatu krisis identiti yang parah. Ini akan membuatkan ana muda terus-menerus
mereka melihat sifat suka berhibur
mereka itu sebagai suatu yang halal dan tidak ada apa-apa kerugian sedikit pun
dek kerana sudah menganggap ia bersesuaian dengan usia muda mereka.
Mengidentitikan fenomena semasa dengan pemuda juga merupakan
salah satu gejala yang menghancurkan generasi tulang belakang negara. Ini
bererti menjadikan para pemuda itu tunduk kepada arus semasa yang merosakkan
identiti dan potensi mereka sebagai pemuda untuk disyukuri dengan sebaik
mungkin bagi digunakan kearah pembangunan agama, bangsa dan negara.
Kalau benar perkara ini suatu hakikat pemuda, kenapa
Sultan Muhammad Al-Fateh pada usia mudanya iaitu 21 tahun tidak sahaja
memasukkan penari gelek ke dalam istananya atas alasan, "Aku pemuda dan
biasalah pemuda hendak berhibur." Sebaliknya, beliau memilih untuk menuntut 'ilmu dan menginfakkan (menyerahkan) dirinya sebagai modal untuk perjuangan Islam.
Bukti sejarah dalam memahami identiti pemuda selanjutnya
boleh kita fahami dalam catatan sejarah pemuda yang merangka mazhab yang kita
ikuti sekarang sebagai sebahagian besarnya iaitu Imam Asy-Syafi'e. Pada usia
mudanya, beliau gigih membanting tulang empat kerat untuk mendalami ilmu-ilmu
yang ada pada zamanya. Boleh sahaja beliau menggunakan alasan, "Aku anak
muda lagi. Biarlah aku berhibur. Perkara-perkara serius itu semua kerja orang
tua." Namun, sebaliknya beliau memilih untuk mendalami 'ilmu dan akhirnya
diiktiraf untuk memberikan fatwa pada usia yang sangat muda oleh para ulama'
yang menjadi gurunya ketika itu.
Kesimpulannya, teruskanlah membaiki dan membina kekuatan
untuk melihat diri kita dengan sedalam mungkin beriringan dengan kefahaman
Islam. Kelak, ia akan membongkar potensi sebenar diri kita untuk menjadi pemuda
ulung!
Semoga Allah tetapkan hati kita semua supaya dapat membezakan mana yang hak dan yang batil.
ReplyDelete